Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, dan masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan / sahabat bloggers dalam blog cabuk ni. Kali ni aku nak berkongsi sikit pengalaman aku mendaki bukit Apek beberapa minggu yang lepas (baru ada masa nak update).
Untuk pengetahuan anda, anda dan anda semua di luar sana, bukit apek ni terletak di dalam kawasan jajahan Cheras, Kuala Lumpur. Nak cerita detail sangat aku tak pasti, tapi korang boleh tgk map dibawah kalau nak tahu lokasi yang lagi tepat.
Sumber : http://harithiskandar.blogspot.com |
Ni pengalaman pertama aku naik Bukit Apek ni, di "guide" oleh seorang sahabat yang pernah naik ni, aku difahamkan ada banyak pintu masuk ke sini, antaranya bukit saga dan lain-lain lagi. Trip aku kali ni, aku masuk melalui Taman Cheras Awana.
Kawasan parking, Kalau hari minggu memang ramai |
Jalan ni terus menuju ke kaki bukit |
Menuju ke kaki bukit |
Kalau korang datang hari minggu, ramai sikit orang kat sini, so parking dia agak susah jugak, main parking je tepi-tepi jalan di kawasan taman ni.
Maka bermulalah pendakian
Mula mendaki je dah mencanak naik, nasib baik sebelum mendaki kami dah buat sikit warming up. Keadaan yang curam ni memberi kejutan pada jantung aku, kuat betul dia berdenyut.. hehehehehe
Pada anda yang tak tahu sangat jalan, jangan risau kerana disetiap pelusuk tempat ada diletakkan tanda arah, kalo tak tahu jugak boleh tanya pendaki-pendaki lain yang ada situ, especially aunty² dan uncle² yang ada. Jangan pandang rendah mengenai pengalaman dan kebolehan mereka.
Semasa mendaki, ada beberapa tempat rehat atau R&R untuk korang merehatkan diri, melepaskan penat lelah sambil menghirup udara segar dan menikmati permandangan di dalam hutan. Pasar malam pon ada, so jangan lupa bawak duit tau.. heheheheheeh
Dalam perjalanan, kami terserempak dengan pakcik ni, umur dah 60++ dah. Tapi steady jer, menurut beliau, dia naik bukit apek ni dalam 2-3 kali seminggu. Tujuan untuk beriadah dan untuk kesihatan, aku salute kat pakcik ni. Rasa tercabar pon ada juga.. hehehehe
Untuk pengetahuan anda semua, kat sini banyak check point. dan kami menuju check point air terjun, tu kira check point yang paling jauh lah.. kami meneruskan perjalanan sambil menghayati keindahan alam..
dalam perjalanan kami nak ke air terjun, kami sampai di Check Point 5, Kawasan ni dibangunkan oleh komuniti pendaki bukit apek yang kebanyakan terdiri dari kaum cina yang tinggal berhampiran bukit apek. Mereka membina khemah, dan beberapa kemudahan untuk pendaki-pendaki bukit apek ni, dan yang paling best, semuanya adalah percuma. So kalau nak refill air ke, nak berehat2 ke.. dan pada hari-hari tertentu anda boleh menikmati chinese tea yang panas kat sini.
Kami rehat kejap kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke air terjun, dah tak jauh lagi dah ni... Kami pun meneruskan perjalanan, dan akhirnya kami pon sampai ke Air Terjun. Korang tengok, air dia jernih gila.
Sebelum mandi manda, kami pon kena isi perut dulu.. mula-mula makan buah dulu... kebetulan masa ni musim buah, so pokok buah-buahan kat sini memang menjadi, korang tengok gambar kat bawah ni, boleh petik je buah kat sini.. hehehehe
Actually buah limau ni bagus makan masa-masa kita penat ni, aku tak tahulah kenapa.. mungkin ambil mood raya cina kot.. hehehehe.. dah habis makan limau, kami masa satu menu yang sangat istimewa, sebenarnya aku pon tak tau kengkawan aku bawak makanan ni semua..
Yess.. menu yang sangat popular di kalangan pelajar universiti dan kolej masa tengah kopak. Maggi kari, bila derang dah abis masak, aku pon makan, tak sempat nak ambil gambar masa makan coz dah terlalu lapar.. hehehehe
Dah habis makan aku pon berehat, ada rakan-rakan yang mandi. sambil-sambil duduk berangan tepi sungai, sempat aku snap gambar aweks ni ngah dok mendalamkan sungai.. kata derang lah.. hehehehe
Dah puas rehat, kami pun kemas-kemas barang dan bergerak balik. Rasa masa gerak balik ni lagi cepat dari masa pergi tadi... tak tau lah kenapa...
Sampai je bawah, ternampak pulak iklan ni, ada promosi untuk climber, nampaknya sahabat aku ni sungguh berminat... hehehe
Kepada yang nak pergi bukit apek, selamat mendaki.. dan terima kasih kepada anda, anda dan anda semua yang sudi membaca coretan ntahapahapantah aku ni...
19 Comments
dulu b4 kawin sllu lah jungle tracking ngan hb
ReplyDeleteskun lau suh daki...baik tido hahaha dah ada anak malas beno nak wat xtvt mcm ni..tp hb el ada gak ajak pi nek kt taman negara tu camping kt sn..mcm best pulak
wooooo ada air terjun eh kt bukit apek ni..best wooo mandi sejuk2...
Tapi lepas kawin pon boleh jugak el... respect ngan kaum cina, derang bawak anak2 kecik lagi mendaki...
Deleteooo sy selalu jg pergi bkt apek/putih ni.tempat memang best.sgt sesuai utk buat latihan sblm daki gunung yg lbh tinggi.kat sini lbh baik dr broga yang sesak&panas giler yg penuh sampah sarap tu sbb bkt apek ni byk cabangnyer.cume yg tempat rehat tu sy panggil kem komunis je sbb cina ni yg buat..ehehe minum2 kt situ rasanyer xboleh kot sbb kwn sy ckp tu utk komuniti/group dorang je.kalau kite ni bwk air sndri je la.tp xtau lah kalau nasib baik dorang bg pulak minumw kt situ :) .
ReplyDeletekat kem tu ade satu port baik punyer utk lepak2 tengok panorama KL, tp kena melencong sikit.
Thanks bro...dah pernah baca entry pasal bukit apek kat blog u.. Minum2 tu mmg ada, derang mmg sediakan.. tapi tinggal kita ni sanggup ke tak lah nak minum, derang pon ada masak2.. tapi masak2 utk derang je, jangan ngengada nak mintak... tapi air yang dalam water filter tu mmg boleh amik... dari mana sumber air tu... aku pon tak tahu... hahahahaha
Deleteatas bukit pun ada massage? hehehe
ReplyDeletewah menarik gak.. lama x panjat bukit
bila nak rasa gak nih.. heheh
Iklan je kat atas tu bro... nak massage kena turun jugak...
DeleteKalau aq orangnya malas keluar rumah, sukanya di depan komputer aj.. heheheh
ReplyDeletebest aktiviti camni, kalo ada kat kolej, nak join jgk, tp selalu clash...huhu
ReplyDelete(clash dgn cuti..haha)
Saya pon dulu mula minat benda2 ni masa kat kolej.. tapi alhamdulullah, masa kerja ni jumpa pulak geng2 yang sama minat... so boleh teruskan... kalau athirah nak join sekali pon boleh.. silakan...
Deletebest kot aktiviti macam nie baru mencabar.. lepas segala tension. hehe. tapi time nak naik tu kalau jalan agak scary mahu berdegup kencang jantung. :P tengok gambar kat sini pun dah dapat agak tempat dia best.. tak tahu pulak kat cheras ada bukit apek nie. hehe.
ReplyDeleteBetul tu si froggie.. memang agak mencabar, tapi menyihatkan badan kita.... Alah bisa tegar biasa... Actually banyak lagi tmpt2 yg best yg org tak tahu area KL nie...
Deletelast involve dlm hutan ni 3 tahun lepas. oihh rinduuuuu!
ReplyDeleteJom.... kembali aktif...
Deleteseronok dpt pergi jungle tracking kan...rase nak gi sini pulak
ReplyDeletewah..bestnya..tak pernah lagi buat aktiviti mendaki
ReplyDeletemcm best je...
ReplyDeletetertarik ni...! :)
dah lame x mendaki..rindunya bile tgk gmbr nie..
ReplyDeletebro, dh pernah gi bukit apek, leh le guide ayu n rakan² lak..hehee tk pernah smpi ni..
ReplyDeleteduduk kat sebelah je bukit tu..tapi x tau pulak nama nya bukit apek hahaha..
ReplyDelete