Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar sahabat sekalian, lama dah tak tulis entry coz kesibukan kerja yang agak melampau akhir-akhir ni dan ditambah pula dengan kekeringan idea dah ni.
Semperna hari Nuzul Quran pada hari ni 26.07.2013 bersamaan 17 Ramadan 1434 H. Aku nak berkongsi sedikit kebaikan-kebaikan membaca Al-Quran
Antara Naskah Al-Quran yg terawal... |
Faedah membaca al-Quran
Antara faedah membaca al-Quran adalah;
1. Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
2. Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
3. Memperoleh pahala yang banyak;
4. Membahagiakan rakan seperjuangan;
5. Menghapus kesalahan dan dosa;
6. Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
7. Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
8. Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
9. Memelihara umur manusia;
10. Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
11. Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.
Antara faedah membaca al-Quran adalah;
1. Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
2. Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
3. Memperoleh pahala yang banyak;
4. Membahagiakan rakan seperjuangan;
5. Menghapus kesalahan dan dosa;
6. Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
7. Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
8. Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
9. Memelihara umur manusia;
10. Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
11. Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat islam..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekejap tadi aku teringat nak bukak laman web bloggers.com sebab aku rasa dah lama tak jenguk ke laman berkenaan, tapi bila bukak, tengok website tu dah down.... So aku pon "google" berkenaan laman blogger.com ni, rupa-rupanya dah di tutup. Tak dinyatakan plak ditutup atas sebab apa.
Laman Penyebarah dan Perkongsian Link blogger.com telah ditutup secara rasminya pada 25 Jun 2013. Aku rasa penutupan laman ni mengejutkan semua bloggers kerana dengan penutupan laman bloggers ni akan menyebabkan banyak kehilangan backlinks dari bloggers.com.
Atas alasan apa pon bloggers.com ditutup, Jasamu tetap di kenang, dan aku masih berharap agar laman ini kembali beroperasi kembali satu hari nanti.
Kata-Kata Terakhir Bloggers.com
We are sorry to inform you that we are shutting down Bloggers.com permanently from June 25, 2013. We will greatly miss this community. We want to say THANK YOU for everything.
Sumber: Bloggers ditutup secara Rasmi http://www.hootoh.my/2013/06/bloggers-ditutup-secara-rasmi.html#ixzz2XUX9Wxy6
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ni aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku ada untuk kita manfaatkan bersama-sama. Apa yang aku nak kongsikan ialah bagaimana cara nak mengilangkan parut, jerawat, bintik-bintik hitam dan sebagainya menggunakan Safi Rania Gold Adobe Photoshop. Cara ni biasa digunakan untuk mencantikkan gambar potret oleh kebanyakan photographer. Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan tekni, tapi bagi aku, teknik ni agak mudah dan hasilnya lebih boom... Teknik ini menggunakan Filter : blur dan high pass.
Langkah Pertama :
Dapatkan gambar yang nak di cantikkan,
Kemudian, aktifkan Quick Mask (tekan ikon di bahagian bawah toolbar, atau tekan key ‘Q’ untun pengguna windows.).
Dengan menggunakan Brush, beruskan di atas bahagian muka yang kita nak licinkan (Lihat imej dibawah )
Langkah Kedua :
Selepas selesai menggunakan Brush tadi, klik semula pada ikon Quick Mask
di bahagian bawah toolbar, atau tekan key ‘Q’ pada keyboard. Satu
selection akan aktif.
Kita perlu inversekan selection tersebut, tekan Ctrl+Shift+I atau klik Select > Inverse.
Kemudian, tekan Ctrl+J untuk copy and paste selection di layer yang baru (Layer 1).
Kita perlu inversekan selection tersebut, tekan Ctrl+Shift+I atau klik Select > Inverse.
Kemudian, tekan Ctrl+J untuk copy and paste selection di layer yang baru (Layer 1).
Langkah Ketiga :
Sekarang kita akan applykan Gaussian Blur kepada Layer 1. Klik Filter > Blur > Gaussian Blur.
Nilai radius adalah terpulang kepada berapa ‘licin’ yang anda mahukan. Untuk tutorial ini saya setkan kepada 10 pixels atau kurang.
Nilai radius adalah terpulang kepada berapa ‘licin’ yang anda mahukan. Untuk tutorial ini saya setkan kepada 10 pixels atau kurang.
*tips : untuk melicinkan muka agak2 biarlah bersesuaian, kalau licin sgt, nampak mcm patung plak... hehehehe
Kemudian, kurangkan opacity layer kepada 70%-80%.
Kemudian, kurangkan opacity layer kepada 70%-80%.
Dan anda boleh lihat hasilnya,
Begitulah serba sedikit perkongsian aku, Harap dapat membantu..
Model : Awanis
Photog : mrpolie a.k.a Aku le tu..
Lokasi : SOL Studio Cheras.
Updated : 27.06.2013
Ramai kengkawan yang komen cakap model dah cukup cun dan tak nampak sangat perbezaannya, maka aku pon men "google" satu gambar yang agak ada banyak jerawat, dan aku buat sekali lagi mengikut step kat atas untuk korang semua lihat hasilnya.. dan inilah yang aku dapat... (lihat bawah)
Sumber : http://www.bajucrony.com/image/testimoni%20watie%201.JPG |
Terima Kasih.
Selamat sejahtera kepada semua sahabat,
Kali ni aku nak berkongsi sikit pasal aktiviti berbasikal di Forest Research Institute Malaysa atau lebih dikenali sebagai FRIM. Aku dan beberapa orang sahabat berada seawal pagi di FRIM. Kalau pada hari minggu, kat sini agak ramai orang.
setelah membuat pembayaran di pintu masuk FRIM, kami pon terus mencari parking dan setting basikal untuk berkayuh,
Kalau korang tak ada basikal sendiri, jangan risu, kat frim ada disediakan perkhidmatan sewaan basikal.
Selesai semua setting basikal, kami memulakan kayuhan diketua oleh Ustaz Nazri a.k.a Jayen. Kat FRIM ni banyak route untuk kayuhan ni, aku tak mahir sangat pasal route ni, aku ikut jer leader yang ada kat depan.
Harap korang enjoy tengok gambar-gambar yang aku letak kat sini, so korang olah sendiri cerita dari gambar-gambar tu, sebenarnya banyak lagi gambar nak letak, tapi takut masalah ini. So terpaksa hadkan jumlah gambar dalam entry ni.
Kali ni aku nak berkongsi sikit pasal aktiviti berbasikal di Forest Research Institute Malaysa atau lebih dikenali sebagai FRIM. Aku dan beberapa orang sahabat berada seawal pagi di FRIM. Kalau pada hari minggu, kat sini agak ramai orang.
setelah membuat pembayaran di pintu masuk FRIM, kami pon terus mencari parking dan setting basikal untuk berkayuh,
Kalau korang tak ada basikal sendiri, jangan risu, kat frim ada disediakan perkhidmatan sewaan basikal.
Selesai semua setting basikal, kami memulakan kayuhan diketua oleh Ustaz Nazri a.k.a Jayen. Kat FRIM ni banyak route untuk kayuhan ni, aku tak mahir sangat pasal route ni, aku ikut jer leader yang ada kat depan.
Harap korang enjoy tengok gambar-gambar yang aku letak kat sini, so korang olah sendiri cerita dari gambar-gambar tu, sebenarnya banyak lagi gambar nak letak, tapi takut masalah ini. So terpaksa hadkan jumlah gambar dalam entry ni.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Entry kali ni aku nak bantuan kengkawan untuk mengundi,
bukan mengundi memana parti sebab pru13 dah habis..
Aku nak mintak korang undi aku dalam DiGi WWWOW Internet For All Awards.
Tarikh mula mengundi adalah bermula pada 3 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013, iaitu selama 21 hari sahaja.
Cara-cara mengundi adalah seperti berikut:
Tekan badge DiGi WWWOW awards di bahagian widget seperti gambar di atas.
Anda akan diberi pilihan untuk mengundi melalui Facebook, Google +
(Google akaun) ataupun melalui akaun Twitter. Setelah selesai login,
Anda boleh memilih Blog mana yang ingin diundi dengan menaip di ruangan
kotak carian di atas.
Sekarang anda boleh tekan butang Vote Now. Senang kan..? Walaupun blog aku tak berapa bagus, dan masih mentah lagi, harap-harap korang undilah aku... bagi lah aku peluang sekali. InsyaAllah dalam masa terdekat aku akan bentangkan manifesto pilihanraya aku... Undi erk
Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.
Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :
- Follow blog NabeelStories.com
- Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
- Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
- Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja
Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..
TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Selamat pagi selasa...
Semalam ada beberapa rakan bertanya, nape lah blog aku ada entry testing 1, testing 2 dan seterusnya..
Sebenarya blog ni dalam proses nak baik pulih kerana ada sedikit masalah paparan, aku mendapat bantuan dari sahabat yg juga merangkap sifu aku dalam dunia blog ni iaitu SOP .
masalah yang berlaku ialah paparan entry hanya dua atau tiga entry walaupun aku dah setting 10 entry yang dipamerkan di paparan hadapan.
Menurut SOP perkara ini berlaku disebabkan dalam satu-satu entry aku terlalu banyak gambar yang aku letakkan, so untuk mengelakkan perkara ini berulang lagi, SOP menasihati aku supaya kurangkan gambar dalam setiap entry, paling banyak pon 15 keping jer. Selepas ni aku takleh nak letak gabar bebanyak lah.
Beribu-ribu lemon terima kasih aku ucapkan pada sahabat blogger www.sop.name.my yang tak jemu-jemu layan soalan tak masuk akal, lepas ni aku pasti akan menyusahkan kau lagi dengan pelbagai soalan.
Majulah Blog Untuk Negara... hahaha
Bubye..
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan ruang untuk berkongsi cerita pada kengkawan semua... Untuk trip kali ni iaitu trip ke Gua Batu Maloi, aku dijemput oleh seorang sahabat blogger iaitu Ayu a.k.a AFAYUFU untuk join aktiviti penjelajahan gua batu maloi yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan.
Pada hari kejadian, kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 pagi, dan kami sampai di kawasan Hutan Rekreasi Batu Maloi lebih kurang jam 10.00 pagi.
Pintu Masuk ke Hutam Rekreasi Batu Maloi |
Sampai je di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi, kami kena isi perut dulu, makanan yang disediakan memang agak menarik (sebab kami tengah lapar) Apa lagi, kami bedal lah dulu... hehehehe
Licin dah.. x sempat nak ambil gambar sebelum makan.. |
Dah selesai makan, kami pon tukar pakaian yang sesuai, sebelum aktiviti bermula, kami diberi taklimat ringkas oleh Abang Joe (otai gua baru maloi ni).
Selesai taklimat dari Abang Joe, Kami pon memulakan perjalanan meneroka Gua Batu Maloi, Aku pon tak reti nak cerita panjang, jadi korang hayati dan cipta lah ayat sendiri dari gambar yang aku paparkan di bawah ni..
Jurupandu Kami, Abag Bo. |
Wajah setelah kepuasan meneroka... |
Alhamdulillah, kami dapat menamatkan pengembaraan di Gua Batu Maloi, dengan selamatnya . Muka semua kengkawan nampak puas je, dan yang pasti, diaorang semua akan terus dahagakan cabaran-cabaran yang lain.
Kepada kengkawan yang berminat nak ke Gua Batu Maloi, Boleh lah berhubung dengan
Abg Joe : 017-6902764
Photo : Credit tu kamera aku sendiri, dan rakan-rakan dalam ekspedisi ini.