GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.
Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.
Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.
Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.
Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.
Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.
“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.
“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.
Assalamualaikum, Kepada semua rakan-rakan, sempena 1 Syawal yang bakal menjelang, saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" buat semua..Kepada yang memandu pulang menaiki kenderaan sendiri mahupon kenderaan awam...berhati-hati di jalan raya semoga selamat tiba ke kampung halaman masing-masing...insyaallah...
KEDATANGAN bulan yang penuh berkat, bulan yang lebih baik dari seribu bulan.Hamba mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada, terutama kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Selamat Pengantin Baru
Zulkarnain dan Suhaiza
22.4.11 dan 23.4.11
@
Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur
Nota Kaki : 1st time amik gambo wedding, susah rupanya nak amik wedding nie...
Semalam aku berkesempatan menonton Kejohanan Ragbi Malaysia, Liga Super.
1st time layan sport tapi amat tidak memuaskan kalo tak ada tele lens. Kit lens sahaja tidak memadai.
KRM LIGA SUPER: COBRA TEWASKAN NS WANDERERS(17-09)
Risiko untuk mendapatkan kecederaan amat tinggi dalam suka nie.
Terima Kasih
Nota kaki : Gambar yg diambil adalah dari saya yg masih baru belajar, saya amat² mengalukan komen dan kritikan dari yang lebih arif untuk memperbaiki kelemahan saya. TQVM
Terer betul sapa yang cipta telur cetak rompak..
Apa-apa pun yang original lebih baik..
berhati-hatilah anda..
Lama dah tak update, Kebizian yg melampau akhir² nie.
Kat sini aku nak share pic yang aku dapat masa Nikon Malaysia 10th Anniversary
pada 31 Mac - 3 April yang lepad di Mid Valley
Mula-mula masuk dewan pameran, aku terlihat gelagat anak² ini.
Pameran Fotografi
Cikaro nikon..
Semua ngah tunggu nak menembak model nikon, Kalo menang dapat nikon P7000 tau.
Aku pon mencuba nasib, Tapi x berjaya
Sekian Terima Kasih.. huhuhuhu
Selamat Petang semua,
Petang nie lepas makan ayam percik kat istana budaya, Dalam kekenyangan perut nie, terfikir lak idea aku untuk menulis dalam blog nie. Topik yang aku nak kongsikan hari ni adalah stock photography. Kita mungkin mempunyai banyak koleksi gambar dalam simpanan kita. Kita tak tau, mungkin ada pihak diluar sana yang berminat nak beli gambar yang kita ada tu. Leh dapat duit tambahan kan... kan.. kan.. kan..
Mungkin ramai kengkawan yang dah terlibat dalam bidang stock photography nie. Saya kat sini nak berkongsi pengalaman mengenai gambar yang mcm mana nak di jual, dalam web mana nak jual.
Microstock photography
Ini tempat menjual foto secara online melalui agensi. Photographer dibayar komisyen. Dari seciput 0.25 sen US hingga berpuluh dollar untuk setiap download. Bergantung kepada agensi dan jenis usage right yang diberikan. Foto bersifat royalty-free. Maksud orang yang mendownload foto kita boleh gunakan foto berkenaan mengikut had-had yang longgar. Biasanya foto-foto ini digunakan oleh designer untuk web page, printing material, iklan, pamplet, poskad dan sebagainya.
Siapa yang join
Siapa yang join
Terbuka untuk amatur dan pro. Yang berkamera PnS atau dSLR. Sebabnya keperluan minimum hanyalah foto bersaiz anatara 2mp hingga 4mp, bergantung kepada agensi.
Foto macam mana yang diterima
Foto macam mana yang diterima
Semua foto yang jelas subjeknya, baik dedahannya, bebas noise boleh diterima.
Foto macam mana yang laku
Foto macam mana yang laku
Paling laris mungkin foto orang atau people. Kemudiannya foto bercirikan Business. Kemudian mungkin foto background. Kemudian produk. dan banyak lagi. cuba tengok foto-foto yang sudah ada dipasaran stock photo.
Bayaran
Bayaran
Photographer boleh menerima chek selepas sampai haulnya. Ada yang hadkan bayaran minimum USD30 ada yang USD100. Lebih mudah kalau kita boleh terima bayaran melalui paypal.
Macam mana nak start
Macam mana nak start
Ada agensi yang melakukan tapisan photographer. Ada yang kita perlu hantar 10 keping untuk dinilai kemampuan kita sebelum layak menjual. Ada yang perlu 5 foto pertama. Ada yang perlu 3. Ada yang tak perlu. Kita register dan terus gambar kita akan direview dan di onlinekan.
untuk maklumat lanjut, elok juga kita tengok penerangan Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Microstock_photography
untuk maklumat lanjut, elok juga kita tengok penerangan Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Microstock_photography
Agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan Microstock
Istock
Boleh dikatakan sebagai pioneer microstock. Sykt yang kukuh kerana dimiliki oleh Getty Images. Bil foto kira-kira 1.25 juta.
Untuk melayakkan diri sebagai ‘photographer penyumbang’, 3 keping gambar pertama perlu dihantar untuk penilaian. Penilaian kekadang cerewet juga. Saiz minima untuk foto hanya 2 mp atau 1600X1200 pixels.
Tempoh penilaian gambar lambat juga, antara 4 ke 5 hari.
Komisyen dibayar antara 20 sen ke 60 sen US mengikut saiz download. Populariti Istock dikata agak menurun sekarang.
Shutterstock
Ramai yg terlibat merasakan ini adalah lubuk dalam microstock. Income bagus. Kadar download tinggi sebab sistem ‘subscription’ bulanan yang menjual foto secara borong. Jumlah foto terkumpul juga sekitar 1.25 juta.
Untuk penilaian pertama, kita perlu menghantar 10 keping foto untuk penilaian dan perlu lulus 7 untuk layak. Penilaian nampaknya semakin ketat sekarang. Sekiranya tak lepas, perlu ambil masa 30 hari lagi untuk percubaan seterusnya.
Saiz minima untuk foto adalah 2.5 mp. Tempoh penilaian antara 3-4 hari. Komisyen dibayar 25 sen US untuk setiap download. Memang berbaloi untuk pulun di Shutterstock.
Dreamstime
Agak baru tapi makin hari makin popular.
Kita boleh register dan terus boleh upload foto. Sekiranya lulus, foto akan terus dimasukkan dalam galeri. Saiz minima adalah 3 mp.
Tempoh penilaian atau phoro review time antara 3-ï¼” hari. Penilaian mungkin tidak seketat istock atau shutterstock.
Komisyen dibayar antara 50 sen ke seringgit US. Atau kiraan sebenar ialah 50% fotographer dan 50% untuk agensi.
Fotolia
Satu lagi site yang baru dan semakin popular. Dengan cepat jumlah fotonya sudah mencecah 1.8 juta.
Kita boleh register dan terus upload foto. Tempoh penilaian foto adalah pendek, kurang daripada 24 jam. Penilaian tidak begitu ketat. Bagus untuk beginner. Komisyen minima untuk setiap download ialah 33 sen US.
Bigstockphoto
Site yang bagi saya slow and steady. Jumlah foto kira-kira 0.7 juta.
Komisyen antara 50 sen ke seringgit US untuk setiap download. Pembayaran minima kepada photographer adalah setiap $30 bagi paypal dan $50 untuk chek. Tempoh penilaian foto antara 3-4 hari. Penilaian tak la ketat sangat.

Sumber :
www.fotomedia.com.my
Hari ni kita nak share skit pasal lampu isyarat yg unik dan pelik.. heheheeh
colombia: mmg terkenal ngan ganja, so sampai lampu diorang pun berbentuk daun tersebut
note: tengok bawah lampu tu ada logo A; logo A tu pun agak panas dan terkenal dan ia diperdebat kan sbb orang cakap logo tu cam orang wat $#@ dari back. tengok tul2..kan kan kan
Ni plak traffic light tak senonoh.. Kat mana.. aku pon tak tahu..
Lampu ni mungkin berhampiran ngan gereja.. kot. :P
Yang ni, korang sendiri tgk pon korang paham dah kan..
Yang ni cute plak.. tapi kalo kat KL ada.. sure jalan jam coz semua pakat dok tgk lampu nie..
Yang ni kira sebagai traffic light jugak ke..?? Siap ada berita lagi tu..
Kalo korang naik keta, sure takleh gunakan jalan nie.. (korang percaya ke..??)
Awas kuda melintas dihadapan..
Rock never die... yearghhhh
Ni plak kat venice, kota cinta. Lampu isyarat pon berbentuk hati...
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIHSalam,
wahai sahabat² sekalian, Cuba dengar dan hayati lagu ini, sambil kena mendengar lagu ini, bayangkan wajah ayah kita, Lagu ini adalah lagu nostalgia aku, masa aku kecik2 dulu, arwah ayah selalu nyanyikan lagu ni untuk aku, siap belikan kaset untuk aku. Tpai masa tu tak beri apa² makna pada ku, dengar hanya untuk berhibur.
Bila aku dah dewasa, dah matang, dan sekarang ni aku adalah seorang "ayah" kepada anak² aku. Baru aku sedar, baru aku faham. Setiap kali aku dengar lagu ni, pasti air mata aku akan mengalir. Mengalir kerana merindui ayahku,
aku sangat rindukan bebelan dia,
aku sangat rindukan rotan dia,
aku sangat rindukan bau keringat dia
yang bekerja keras untuk menjadikan aku manusia berguna.
______________________________________________________________________
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x
duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam