Salam,
wahai sahabat² sekalian, Cuba dengar dan hayati lagu ini, sambil kena mendengar lagu ini, bayangkan wajah ayah kita, Lagu ini adalah lagu nostalgia aku, masa aku kecik2 dulu, arwah ayah selalu nyanyikan lagu ni untuk aku, siap belikan kaset untuk aku. Tpai masa tu tak beri apa² makna pada ku, dengar hanya untuk berhibur.
Bila aku dah dewasa, dah matang, dan sekarang ni aku adalah seorang "ayah" kepada anak² aku. Baru aku sedar, baru aku faham. Setiap kali aku dengar lagu ni, pasti air mata aku akan mengalir. Mengalir kerana merindui ayahku,
aku sangat rindukan bebelan dia,
aku sangat rindukan rotan dia,
aku sangat rindukan bau keringat dia
yang bekerja keras untuk menjadikan aku manusia berguna.
______________________________________________________________________
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu
diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid
selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x
duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua
pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam
2 Comments
i love your post.
ReplyDeletetouching bila baca & dengar lagu ni.
i miss my daddy too :(
sama-sama lah kita berdoa untuk derang erk..
ReplyDeletetapi ayat tu berterabur arr.. huhuhu
apa2 pon thanks