Stock Photography

By mrpolie - Monday, March 21, 2011


Selamat Petang semua,
Petang nie lepas makan ayam percik kat istana budaya, Dalam kekenyangan perut nie, terfikir lak idea aku untuk menulis dalam blog nie. Topik yang aku nak kongsikan hari ni adalah stock photography. Kita mungkin mempunyai banyak koleksi gambar dalam simpanan kita. Kita tak tau, mungkin ada pihak diluar sana yang berminat nak beli gambar yang kita ada tu. Leh dapat duit tambahan kan... kan.. kan.. kan..

Mungkin ramai kengkawan yang dah terlibat dalam bidang stock photography nie. Saya kat sini nak berkongsi pengalaman mengenai gambar yang mcm mana nak di jual, dalam web mana nak jual.

Microstock photography
Ini tempat menjual foto secara online melalui agensi. Photographer dibayar komisyen. Dari seciput 0.25 sen US hingga berpuluh dollar untuk setiap download. Bergantung kepada agensi dan jenis usage right yang diberikan. Foto bersifat royalty-free. Maksud orang yang mendownload foto kita boleh gunakan foto berkenaan mengikut had-had yang longgar. Biasanya foto-foto ini digunakan oleh designer untuk web page, printing material, iklan, pamplet, poskad dan sebagainya.

Siapa yang join
Terbuka untuk amatur dan pro. Yang berkamera PnS atau dSLR. Sebabnya keperluan minimum hanyalah foto bersaiz anatara 2mp hingga 4mp, bergantung kepada agensi.

Foto macam mana yang diterima
Semua foto yang jelas subjeknya, baik dedahannya, bebas noise boleh diterima.

Foto macam mana yang laku
Paling laris mungkin foto orang atau people. Kemudiannya foto bercirikan Business. Kemudian mungkin foto background. Kemudian produk. dan banyak lagi. cuba tengok foto-foto yang sudah ada dipasaran stock photo.

Bayaran
Photographer boleh menerima chek selepas sampai haulnya. Ada yang hadkan bayaran minimum USD30 ada yang USD100. Lebih mudah kalau kita boleh terima bayaran melalui paypal.

Macam mana nak start
Ada agensi yang melakukan tapisan photographer. Ada yang kita perlu hantar 10 keping untuk dinilai kemampuan kita sebelum layak menjual. Ada yang perlu 5 foto pertama. Ada yang perlu 3. Ada yang tak perlu. Kita register dan terus gambar kita akan direview dan di onlinekan.

untuk maklumat lanjut, elok juga kita tengok penerangan Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Microstock_photography

Agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan Microstock

Istock
Boleh dikatakan sebagai pioneer microstock. Sykt yang kukuh kerana dimiliki oleh Getty Images. Bil foto kira-kira 1.25 juta.
Untuk melayakkan diri sebagai ‘photographer penyumbang’, 3 keping gambar pertama perlu dihantar untuk penilaian. Penilaian kekadang cerewet juga. Saiz minima untuk foto hanya 2 mp atau 1600X1200 pixels.
Tempoh penilaian gambar lambat juga, antara 4 ke 5 hari.
Komisyen dibayar antara 20 sen ke 60 sen US mengikut saiz download. Populariti Istock dikata agak menurun sekarang.

Shutterstock
Ramai yg terlibat merasakan ini adalah lubuk dalam microstock. Income bagus. Kadar download tinggi sebab sistem ‘subscription’ bulanan yang menjual foto secara borong. Jumlah foto terkumpul juga sekitar 1.25 juta.
Untuk penilaian pertama, kita perlu menghantar 10 keping foto untuk penilaian dan perlu lulus 7 untuk layak. Penilaian nampaknya semakin ketat sekarang. Sekiranya tak lepas, perlu ambil masa 30 hari lagi untuk percubaan seterusnya.
Saiz minima untuk foto adalah 2.5 mp. Tempoh penilaian antara 3-4 hari. Komisyen dibayar 25 sen US untuk setiap download. Memang berbaloi untuk pulun di Shutterstock.

Dreamstime
Agak baru tapi makin hari makin popular.
Kita boleh register dan terus boleh upload foto. Sekiranya lulus, foto akan terus dimasukkan dalam galeri. Saiz minima adalah 3 mp.
Tempoh penilaian atau phoro review time antara 3-4 hari. Penilaian mungkin tidak seketat istock atau shutterstock.
Komisyen dibayar antara 50 sen ke seringgit US. Atau kiraan sebenar ialah 50% fotographer dan 50% untuk agensi.

Fotolia
Satu lagi site yang baru dan semakin popular. Dengan cepat jumlah fotonya sudah mencecah 1.8 juta.
Kita boleh register dan terus upload foto. Tempoh penilaian foto adalah pendek, kurang daripada 24 jam. Penilaian tidak begitu ketat. Bagus untuk beginner. Komisyen minima untuk setiap download ialah 33 sen US.

Bigstockphoto
Site yang bagi saya slow and steady. Jumlah foto kira-kira 0.7 juta.
Komisyen antara 50 sen ke seringgit US untuk setiap download. Pembayaran minima kepada photographer adalah setiap $30 bagi paypal dan $50 untuk chek. Tempoh penilaian foto antara 3-4 hari. Penilaian tak la ketat sangat.

Sumber :
www.fotomedia.com.my

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. ada juga baca kat fotomedia
    dah pro nanti boleh try.. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ada mencuba nasib di Dreamstime.com

      Delete