Diskaun 50 Peratus Bayar Saman Trafik Dilanjutkan Hingga 10 Mac - Hishammuddin

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula Selasa sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam Selasa, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam.

Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

-- BERNAMA --

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Miss Tatie
AUTHOR
2:14 PM delete

sedih
kita rindu arwah ayah kita....
T___T

Reply
avatar
mrpolie
AUTHOR
7:16 PM delete

Semua orang akan rindukan ayahnya... Kita daoakan yang terbaik untuk mereka...

Reply
avatar