Tenang Tanpa Kredit Kad

By mrpolie - Tuesday, February 26, 2013

Entry tahun 2011 aku repost sekali lagi...

Kengkawan..
Hari ni nak kongsi skit cerita pasal kredit kad nie.

Dulu memula keje, aku sgt teruja untuk ada kredit kad,
Bukan aku jer yg teruja, Kengkawan serumah (waktu bujang) sekarang pun bujang lagi.. pon sama,
Masa tu gaji kecik, so nak apply sendiri kredit kad mmg tak lepas,
Sebab memasing nak kad kredit nie, kami mohon cara kumpulan (atas nasihat bank)
Jadi bila mohon cara kumpulan nie.. kompom lulus..

Masih segar lagi dlm ingatan, ketika pertama kali aku menggores kad kredit di sebuah pasaraya terkemuka di Kolompo.. Masa tu aku rasa aku lah yang paling hebat. Jalan pon berkepak lain macam je.

Bank ni pandai, bila kita dah ada satu kredit kad, amat mudah untuk kita mendapatkan kad-kad dari banj lain. Nak dijadikan cerita aku pon terbuat lah 2-3 kad dari bank lain. Sebabnya awek² yg duk pujuk suh buat kredit kad tu cun2.. mau tak cair..

Maka bermulalah zaman bermewah² aku. Asal rasa nak beli je, terus gores kredit kad. Beli macam-macam sehinggalah kredit aku dah melampaui batas. Dah sampai limit. Kira punya kira, kalo bayar minima pon aku rasa sesak.. sudahnya hidup aku sesak dengan hutang² kredit kad. Sampai nak beli rokok dunhill RM 10 pon rasa x mampu.

Hari ini, aku bertindak nekad, terminated semua kredit kad yg ada dan selesaikan segala hutang yang tertunggak... selesai dengan apa cara sekalipon.


Dan akhirnya, selepas semuanya selesai aku rasa amat tenang, kepala aku rasa mat lega, dah tak berat paler memikirkan hutang² yang perlu aku bayar tiap2 bulan. Semua gaji yang aku dapat mampu aku gunakan untuk belanja2 aku, leh bagi anak² dan boleh beli apa yang aku mahukan. Dan yang paling penting aku mempunyai simpanan yang cukup untuk masa depan aku, masa depan pendidikan anak-anak aku.

Nasihat aku kepada mereka yang baru bekerja, yang teringin sgt nak pakai kad kredit tu. Lupakanlah niat itu. Sesungguhnya kad kredit itu akan membebankan kita satu hari nanti. Kalo kita mampu beli, kita beli je ngan duit tunai. Bak kata pepatah melayu (*tak tau arr lama ke baru) Kalo nak ukur baju, biarlah ukur di badan kita sendiri, jgn ukur ngan badan jiran sebelah atau makcik atau pakcik drebar teksi.

Dan sekiranya anda sudah terjebak ngan kad kredit, leh hubungi aku untuk mengetahui camner cara aku menyelesaikan masalah aku.. leh jugak bagi idea.

"Hidup Bahagia Tanpa Kad Kredit"









  • Share:

You Might Also Like

27 Comments

  1. ramai org muflis sebab credit card tau.. huhu.. so better dont use.. lagi bangga guna debit card rasenya sbb confirm ada duit dlm tu adn boleh bajet-bajet berapa nak guna.. kiranya kena ukur baju di badan sendiri.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. setuju ngan Hanida, org pakai kredit card ni coz dia xde duit...

      Delete
  2. kila xde credit card.... parents pon tak pakai jugak. diorang tak galakkan anak2 diorang guna. bahagia hidup takde hutang heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Kila... saya pernah merasa sengsara pakai kredit card... kini saya bahagia...

      Delete
  3. Assalammualaikum.

    Sejak dari habis SPM, abah lana dah warning awal2, jangan la memandai nak guna kad kredit.

    Kalau diri bukan jenis yg bijak merancang, memang tak patut pun pakai..sebab boleh makan diri.

    Guna saja tunai, boleh nampak aliran keluar masuk duit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada saya... guna kad kredit sbb xder duit.... hutang....

      Delete
  4. Mr pollie ajar le camne nak terminate suma kad kredit tu.. saya yang ada satu ni pun rasa cam berantoo aje, susah tul nak rid off dari gunakannya... sila advise.. sambil..ketap2 tangan mengelik segala $$ kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak ke hutang sis Mayang....?

      Delete
  5. Saya tak ada kad kredit dan tak layak lagi nak mohon dan guna kad kredit. kalau boleh pun saya tak nak..Nak elakkan, sebab rasanya menambahkan beban lagi adalah. Baik pakai kad debit je..hehe. Kad kredit, penuhkan diri, dan otak dengan bebanan hutang. Dah ambil PTPTN lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mulakan.... actually Credit Card ni ok.. kita kekadang yg x mampu kawal nafsu..

      Delete
  6. hutang aku hampir limit dah kad kreadit.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. awal2 keja dulu memang x le kawal,skang dah ok sikit laaaa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo camtu baguslah... tapi berhati2 erk...

      Delete
  8. kad kredit ni,bersenang2 sekarang, susah2 kemudian..huhu

    ReplyDelete
  9. CF memang tak minat langsung dengan kad kredit ni. Tak nak terjebak. huhu. Dulu pernah ada dua kad kredit. Dari maybank (percuma) dan Hong Leong Bank (paksa rela). Huhu. Dapat je kad tu memang tak guna langsung sebab tak minat kan. Lastly, pergi bank then potog kad2 tu. Huhu. Lega.

    ReplyDelete
  10. org yg pakai kredit kad ni kira bersenang senang dahulu , bersusah susah kemudian la . gores punya gores kredit kad , last2 lingkup . ada je yg muflis pakai kredit kad ni . lebih baik jgn guna kan :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah x pakai kad kredit maklum ajelah takut x boleh kawal...

    mselim3

    pls: Takut terboros kang....pakai sedap nak bayar perit heheheh...

    ReplyDelete
  12. kad kredit tu penting jgk utk azuria & suami..kadg2 pg travel,ssh nk bawak tunai byk2..pastu dgn kad kredit dpt rebat minyak petronas..hehe tp kami mmg disiplinkan diri setiap kali lepas swipe,terus bayar balik...tu wajibb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh berdisiplin bagus.... saya ni x berapa nak disiplin.. huhuhuhu

      Delete
  13. Saya ade kad debit je. ^^ Hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita, saya pon pakai debit kad je....

      Delete
  14. Boleh ke terminate kredit kad walaupon blumhabis bayar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh xde masalah nak terminate, tapi hutang x boleh terminate lah.. tapi ada caranye...

      Delete