Monday, March 21, 2011

Stock Photography


Selamat Petang semua,
Petang nie lepas makan ayam percik kat istana budaya, Dalam kekenyangan perut nie, terfikir lak idea aku untuk menulis dalam blog nie. Topik yang aku nak kongsikan hari ni adalah stock photography. Kita mungkin mempunyai banyak koleksi gambar dalam simpanan kita. Kita tak tau, mungkin ada pihak diluar sana yang berminat nak beli gambar yang kita ada tu. Leh dapat duit tambahan kan... kan.. kan.. kan..

Mungkin ramai kengkawan yang dah terlibat dalam bidang stock photography nie. Saya kat sini nak berkongsi pengalaman mengenai gambar yang mcm mana nak di jual, dalam web mana nak jual.

Microstock photography
Ini tempat menjual foto secara online melalui agensi. Photographer dibayar komisyen. Dari seciput 0.25 sen US hingga berpuluh dollar untuk setiap download. Bergantung kepada agensi dan jenis usage right yang diberikan. Foto bersifat royalty-free. Maksud orang yang mendownload foto kita boleh gunakan foto berkenaan mengikut had-had yang longgar. Biasanya foto-foto ini digunakan oleh designer untuk web page, printing material, iklan, pamplet, poskad dan sebagainya.

Siapa yang join
Terbuka untuk amatur dan pro. Yang berkamera PnS atau dSLR. Sebabnya keperluan minimum hanyalah foto bersaiz anatara 2mp hingga 4mp, bergantung kepada agensi.

Foto macam mana yang diterima
Semua foto yang jelas subjeknya, baik dedahannya, bebas noise boleh diterima.

Foto macam mana yang laku
Paling laris mungkin foto orang atau people. Kemudiannya foto bercirikan Business. Kemudian mungkin foto background. Kemudian produk. dan banyak lagi. cuba tengok foto-foto yang sudah ada dipasaran stock photo.

Bayaran
Photographer boleh menerima chek selepas sampai haulnya. Ada yang hadkan bayaran minimum USD30 ada yang USD100. Lebih mudah kalau kita boleh terima bayaran melalui paypal.

Macam mana nak start
Ada agensi yang melakukan tapisan photographer. Ada yang kita perlu hantar 10 keping untuk dinilai kemampuan kita sebelum layak menjual. Ada yang perlu 5 foto pertama. Ada yang perlu 3. Ada yang tak perlu. Kita register dan terus gambar kita akan direview dan di onlinekan.

untuk maklumat lanjut, elok juga kita tengok penerangan Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Microstock_photography

Agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan Microstock

Istock
Boleh dikatakan sebagai pioneer microstock. Sykt yang kukuh kerana dimiliki oleh Getty Images. Bil foto kira-kira 1.25 juta.
Untuk melayakkan diri sebagai ‘photographer penyumbang’, 3 keping gambar pertama perlu dihantar untuk penilaian. Penilaian kekadang cerewet juga. Saiz minima untuk foto hanya 2 mp atau 1600X1200 pixels.
Tempoh penilaian gambar lambat juga, antara 4 ke 5 hari.
Komisyen dibayar antara 20 sen ke 60 sen US mengikut saiz download. Populariti Istock dikata agak menurun sekarang.

Shutterstock
Ramai yg terlibat merasakan ini adalah lubuk dalam microstock. Income bagus. Kadar download tinggi sebab sistem ‘subscription’ bulanan yang menjual foto secara borong. Jumlah foto terkumpul juga sekitar 1.25 juta.
Untuk penilaian pertama, kita perlu menghantar 10 keping foto untuk penilaian dan perlu lulus 7 untuk layak. Penilaian nampaknya semakin ketat sekarang. Sekiranya tak lepas, perlu ambil masa 30 hari lagi untuk percubaan seterusnya.
Saiz minima untuk foto adalah 2.5 mp. Tempoh penilaian antara 3-4 hari. Komisyen dibayar 25 sen US untuk setiap download. Memang berbaloi untuk pulun di Shutterstock.

Dreamstime
Agak baru tapi makin hari makin popular.
Kita boleh register dan terus boleh upload foto. Sekiranya lulus, foto akan terus dimasukkan dalam galeri. Saiz minima adalah 3 mp.
Tempoh penilaian atau phoro review time antara 3-4 hari. Penilaian mungkin tidak seketat istock atau shutterstock.
Komisyen dibayar antara 50 sen ke seringgit US. Atau kiraan sebenar ialah 50% fotographer dan 50% untuk agensi.

Fotolia
Satu lagi site yang baru dan semakin popular. Dengan cepat jumlah fotonya sudah mencecah 1.8 juta.
Kita boleh register dan terus upload foto. Tempoh penilaian foto adalah pendek, kurang daripada 24 jam. Penilaian tidak begitu ketat. Bagus untuk beginner. Komisyen minima untuk setiap download ialah 33 sen US.

Bigstockphoto
Site yang bagi saya slow and steady. Jumlah foto kira-kira 0.7 juta.
Komisyen antara 50 sen ke seringgit US untuk setiap download. Pembayaran minima kepada photographer adalah setiap $30 bagi paypal dan $50 untuk chek. Tempoh penilaian foto antara 3-4 hari. Penilaian tak la ketat sangat.

Sumber :
www.fotomedia.com.my

Tuesday, March 15, 2011

Pelik tapi uniknya traffic light serata dunia

Hari ni kita nak share skit pasal lampu isyarat yg unik dan pelik.. heheheeh


colombia: mmg terkenal ngan ganja, so sampai lampu diorang pun berbentuk daun tersebut
note: tengok bawah lampu tu ada logo A; logo A tu pun agak panas dan terkenal dan ia diperdebat kan sbb orang cakap logo tu cam orang wat $#@ dari back. tengok tul2..kan kan kan


Ni plak traffic light tak senonoh.. Kat mana.. aku pon tak tahu..

Lampu ni mungkin berhampiran ngan gereja.. kot. :P

Yang ni, korang sendiri tgk pon korang paham dah kan..

Yang ni cute plak.. tapi kalo kat KL ada.. sure jalan jam coz semua pakat dok tgk lampu nie..


Yang ni kira sebagai traffic light jugak ke..?? Siap ada berita lagi tu..

Kalo korang naik keta, sure takleh gunakan jalan nie.. (korang percaya ke..??)


Awas kuda melintas dihadapan..


Rock never die... yearghhhh

Ni plak kat venice, kota cinta. Lampu isyarat pon berbentuk hati...

Thursday, March 10, 2011

Faceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH




Saturday, March 05, 2011

Di Pondok Kecil

Salam,
wahai sahabat² sekalian, Cuba dengar dan hayati lagu ini, sambil kena mendengar lagu ini, bayangkan wajah ayah kita, Lagu ini adalah lagu nostalgia aku, masa aku kecik2 dulu, arwah ayah selalu nyanyikan lagu ni untuk aku, siap belikan kaset untuk aku. Tpai masa tu tak beri apa² makna pada ku, dengar hanya untuk berhibur.
Bila aku dah dewasa, dah matang, dan sekarang ni aku adalah seorang "ayah" kepada anak² aku. Baru aku sedar, baru aku faham. Setiap kali aku dengar lagu ni, pasti air mata aku akan mengalir. Mengalir kerana merindui ayahku,

aku sangat rindukan bebelan dia,
aku sangat rindukan rotan dia,
aku sangat rindukan bau keringat dia
yang bekerja keras untuk menjadikan aku manusia berguna.

______________________________________________________________________

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam


Al Fatihah untuk arwah ayahanda tercinta
Ab. Latif bin Abdullah



Wednesday, March 02, 2011

Diskaun 50 Peratus Bayar Saman Trafik Dilanjutkan Hingga 10 Mac - Hishammuddin

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula Selasa sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam Selasa, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam.

Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

-- BERNAMA --

Tuesday, March 01, 2011

Tips Mempertahankan kehangatan cinta..

Berikut beberapa tips untuk mempertahankan kehangatan cinta:

1. Menempatkan cinta kepada Allah di atas segala cinta terhadap apapun. Dan sentiasa meningkatkan cinta itu, kerana ALLAHlah yang Maha menganugerahkan cinta kepada orang-orang yang mencintaiNya (Al-Maidah, Ayat 54). Maka ajaklah pasangan (dan seluruh anggota keluarga) untuk semakin mendekatkan diri padaNya, misalnya dengan membaca doa Al-Mathurat bersama setelah qiyamullail.

2. Sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan dalam keimanan, yang kerananya rahmat, kasih sayang dan k eda maian tetap tercurahkan.

3. Ciptakan komunikasi yang selaras, berkesinambungan, mesra dengan menggunakan teknik-teknik komunikasi yang baik seperti berkata jujur, lemah lembut, sopan dan juga tidak melupakan aspek ketegasan sikap. Komunikasi yang sedemikian sudah tentu menutup rapat riak kecurigaan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

4. Jadikan kamar tempat di mana segala luahan hati tertumpah namun tetap dalam suasana kehangatan dan kemesraan. Semoga dalam keadaan apa pun, semua masalah dapat diselesaikan dengan hati terbuka dan tenang, dari sekadar masalah lupa cium kening, masalah belanja sampai soal perkelahian anak-anak dengan anak jiran.

5. Gunakan waktu secara efektif dan efisien. Jangan sekali-kali menggunakan waktu keluarga (hari minggu misalnya) untuk pekerjaan atau hal-hal yang mengganggu waktu kualiti bersama keluarga kerana dengan apapun anda cuba membayarnya, kerugian yang dideritai pasangan anda tidak akan mampu terbayarkan, meskipun anda menggandakan kualiti masanya pada hari libur berikutnya.

6. Ceriakan hari-hari dengan variasi, fantasi dan warna-warni yang anda ciptakan khusus untuk pasangan anda. Letak aksesori kamar yang berubah-ubah (terutama yang ringan-ringan) , atau warna pastel dan aroma kamar yang menyegarkan. Untuk aktiviti di luar rumah, biasakan secara rutin untuk berjalan pagi bersama di hari minggu atau jika ada kesempatan, luangkan waktu untuk melakukan riadah bersama-sama.

7. Ciptakan juga perkara-perkara baru yang menceriakan hari bersamanya, misalnya dengan mencuci pakaian bersama, atau membersihkan rumah dihari minggu bersama-sama. Sekali-sekala jadilah nakal. Pancutkan air kepada pasangan atau saling melempar bantal. Ia mampu meluluhkan kebekuan atau bongkah konflik yang mungkin saja berpotensi tumbuh tanpa dis eda ri, mungkin tidak bagi anda tapi pasangan anda?

8. Jadikan setiap cubaan dan konflik yang ada sebagai sebahagian dari adat bercinta, bukankah cinta itu tak selamanya berwarna indah? Di dalamnya juga ada rasa pahit dan tawar. Hal itu akan meny eda rkan kita bahawa dalam hidup ini akan selalu menampakkan warna-warni yang berbeza, samada disukai atau tidak, namun tetap harus dijalani. Ia seperti sepasang kekasih yang baru menikah, seringkali hanya menangkap sisi-sisi indah kehidupan tanpa mempedulikan dugaan dan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui bersama.

9. Tak salah anda mengenang saat-saat indah bersama pasangan, pada bila-bila masa atau di manapun, sendiri mahupun berdua. Perkara itu akan makin membuatkan anda menghargai dan rasa bangga terhadap pasangan anda. Atau setidaknya mampu memaksa anda memaafkan kesalahan yang pernah dibuat pasangan anda.

10. Mengingat-ingat kelebihan dan keistimewaan yang ada pada pasangan dan cuba melupakan kesalahan dan keburukan yang mungkin (pernah) ada padanya. Insya Allah, indahnya cinta yang dulu bersemi pertama kali tetap akan anda rasakan hingga saat ini, ditambah pula keceriaan yang dibawa oleh cahayamata hasil perkahwinan bahagia anda berdua!