Tuesday, June 17, 2014

Backpackers To Singapore Part 3

Salam geng...!! 
Sorry sambat lak buat sambungan part 3 ni...
Kepada sesapa yang belum baca Part 1 dan Part 2 . Dah selesai baca dua entry sebelum ni, baru leh sambung sini..

Kalau melawat singapore, tak lengkap rasanya kalau tak pergi ke Universal Studio Singapore. So pada hari kedua kami kat sini, Kami merancang nak ke USS. Actually kami tak sempat nak plan apa pon, ke USS pon ni tak ada booking tiket. Pagi tu kami decide nak ke USS menggunakan public transport. Hasil soal siasat, dan bersoal jawab ngan penduduk tempatan. Kami di beritahu kalau nak ke USS menggunakan public trasport, boleh ambil bas atau MRT ke VIVO City. Bila dah sampai ke VIVO City, kita kena ambil bas RWS8.
 Bas ni akan terus bawak kita ke Resort World, kat Rewort World tu ada USS. Tak susah mana pon dan yang penting dia jimat dan selesa.


Turun bas, naik esclator, Terus nampak signboard USS. Tanpa membuang masa kami terus menuju ke kaunter tiket. Dalam perjalanan ke kaunter tiket tu, ramai jugak ulat-ulat tiket yang nak jual tiket USS kat kami. Tapi kami x berani nak beli yang kat luar lah. Beli kat kaunter tiket je. Alhamdulillah, x susah pon nak dapatkan tiket masuk ke USS. Dapat diskaun lagi kalau tunjukkan passport kita. Harga tiket masuk ke USS utk 2 orang. 134 Dolar Sin. Bleh tahan jugak kan harga dia.



Tiket dah dapat. Sebelum masuk ke USS, kena isi perut dulu, takut-takut makanan kat dalam tu mahal kan. Sebelum masuk, kami makan dulu kat mcD yg ada kat situ.


Dah selesai makan, Apa lagi.. Terus masuk ke USS lah. Jom layan gambar dalam USS

Dalam USS

USS Globe, Tmpt Wajib bergambar

Transformers - Best giler

Transformers - Best giler

Transformers - Best giler






Sorry geng, x banyak sangat gambor. Coz banyak gambar yg aku amik adalah untuk simpanan peribadi, tak sesuai untuk tontonan umum.

Kami lepak kat sana seharian, Memacam ada, Live Band, Ada Life Show, main memacam mainan kat dalam tu. Pendek kata memang best giler lah. Pukul 7 kami pon bergerak keluar. Dah penat seharian.

Jenjalan jap kat area situ, jenjalan ke Hard Rock, Tgk merchandise, tgk je.. x beli pon...


Dah puas berjalan, kami pon bergerak ke shuttle pickup point, untuk ke VIVO City.


Sebenarnya dah lapar, sampai di VIVO City kami merayau kat VIVO City,

source : google
Shopping mall ni besar giler.. tapi oleh sbb dah kepenatan, kami masuk kejap je, tak sempat nak jenjalan sangat. Konon nak cari makan kat dalam tu, tapi food court kat dalam tu agak meragukan status halal nya, kami pom membatalkan niat makan kat situ. Sambil nak tunggu bas balik ke hotel, ada satu food court kat area bus stop tu. Kami pon makan lah kat situ. Kami order nasi goreng dan mee goreng. Jangan terperanjat, nasi goreng dan mee goreng kat sini merah.


Dah selesai makan, kami pon naik bas balik ke Hotel, dah kepenatan seharian berjalan. apa lagi, masa untuk Zzzzzzz...

Sambung dalam Part 4 plak...

12 comments:

  1. mak aii ada part 4 lagi..boleh kalah Fast n Furious ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni xpandai sgt menyusun ayat. So main belasah je apa yg terlintas, tu yg jadi panjang kot... Hehehehe

      Delete
  2. blom masuk USS sbb tiket abis masa g singapore
    tgh rancang nak g gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu, kebetulan masa kami pergi, tak ramai orang.. memang enjoy...

      Delete
  3. bagus entry ni..
    boleh jd reference saya in future..

    ReplyDelete
  4. wah syok nye baca trip awak... berapa tiket masuk USS eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ticket, lepas diskaun, 134 Dolar

      Delete
  5. rindu nk ke singapore bila bc entry ni. sy pernh ke sana tpi x smpt ke Universal Studio Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So apa lagi, repeat lagi lah...

      Delete
  6. Wow..menarik. Teruja nak p USS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat menarik sis...

      Delete