Backpackers To Singapore Part 1

By mrpolie - Wednesday, May 07, 2014

Hye.. apa khabar semua, huhuhu lama tak menaip kat sini. Ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak berapa nak aktif ber blogging... 

Now.. Im Back...

Kali ni aku nak share pengalaman aku melancong secara backpackers ke Singapore. Dengan tak ada persiapan, aku dan travelmate aku bergerak keluar dari rumah dalam kul 7 pagi menuju ke Terminal Bersepadu Selatan. Di BTS kami tinggalkan kereta di sana, dengan kadar bayaran RM3 sehari, sangat-sangat berpatutan rasanya. Misi pertama kami adalah mencari tiket bas ke Singapura. Mula-mula ingatkan agak susah nak cari tiket bas, sampai je ke TBS. Aku terus beli 2 tiket bas ke singapore. Bagi mereka yang nak terus masuk ke singapore, korang beli ticket terus ke Beach Road. Aku beli ticket bas Five Star. RM 140 untuk 2 orang.


Kami dapat tiket pukul 9.30 pagi. So sementara nak tunggu boarding.... (macam naik flight lak erk). Kami sempat lah ke Money Changer untuk tukar duit and sarapan kat food court di TBS tu. Sambil-sambil sarapan, kami ushar agoda.com. Ternampak lah satu promosi hotel orchid81, Oleh kerana harga agak murah, kami pon terus booking je hotel. Tempat tidur penting tau... 

Lepas makan, kami pon terus check in. Pertama kali aku gunakan TBS ni, pada aku, ianya sangat memuaskan dan menyelesakan.. sangat-sangat selesa lah...

Keadaan dalam Terminal Bersepadu Selatan
Yay..!! Bas kami dah sampai..

 Jam 9.30 pagi, bas kami pon bergerak menujuk ke selatan tanah air. Aktiviti dalam bas adalah..... ZZzzzzzz 
Suasana dalam bas. Selesa kan..
 Dalam perjalanan tu, bas ada stop kat RnR, Tapi lupa lah apa nama RnR tu, coz aku tido je... bila bas berenti, lepak jap pekena kopi and melepaskan hajat ditandas...


Lepas lepak, bas pon meneruskan perjalanan menuju impian..... ke arah tujuan cinta abadi.. (eh..!! terjadi lirik lagu plak)

dan akhirnya kami sampai di Kompleks Imigresen Tanjung Kupang. Korang masuk kompom dapat makan kupang free... hehehehe..


Suasana dalam kompleks imigresen
Nak masuk singapore, kena isi borang ni tau....

Masa kami sampai, leh tahan ramai jugak rombongan dari merata tempat nak masuk ke singapore. So leh tahan jugak lah beratur... dah selesai... perjalanan diteruskan di Beach Road. Dalam kul 3.30 ptg kami sampai di Beach Rd. Turun je bas, perkara yang pertama kami buat, adalah mencari tiket balik ke Kuala Lumpur. 

Berpandukan alamat, map dan peta rakyat (tanya local people) . Kami bergerak ke Hotel Orchid 81 yang terletak di Geylang Road menggunakan MRT. Kami naik dari Nicoll Highway dan turun di stesen Mountbatten. Ni pengalaman pertama aku naik MRT.. Teruja pon ada jugak rasanya dengan disiplin rakyat singapore. Sampai je kat Mountbatten, kami terpaksa berjalan kaki, leh tahan jugak jauhnya, untuk sampai ke Hotel... Sampai ke Hotel.. Apa lagi, rehat dan Zzzzz lah kejap.... Nanti malam baru kuar jenjalan plak...




Ni lah dia bilik kami.... Not  Bad lah...
Nak tahu plak perjalanan kami lepas ni, Nanti jangan lupa tunggu sambungan erk, sbb cerita sebelah malam agak menarik dan panjanggggggg entrynya. so aku decided nak buat part 2... Tunggguuuuuuu...






  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. seronoknya... tapi macam penat je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nard... x ada lah penat sangat... sangat-sangat enjoy the journey....

      Delete
  2. bestnyer bas tu, sangat2 selesa..mana lagi senang, pegi dgn kereta sndiri or naik public transport ke s'pore?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau backpackers, saya rasa lebih selesa naik public transport. Murah, Jimat dan tak yah fikir jam...

      Delete
  3. Ketiga-tiga entry sal backpckers ke singapore den dh baco, Intresting leh jdi pnduan buek den yg akn poei sano..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro.... Tunggu sambungannya ye...

      Delete
  4. Berapa duit eh u tukar?

    ReplyDelete