Hye guys.. petang ni ada plak nak update citer kat gua damai... Sapa yang belum baca part 1, korang bleh baca kat sini. So dipendekkan cerita, setelah buat abesilling, kami akan bergerak tracking di laluan yang telah ditetapkan. Sedikit taklimat keselamatan di beri dan doa dibacakan.
Pak Mus bagi taklimat tentang keselamatan |
Mohon doa agar semuanya selamat. InsyaAllah |
Seelesai doa, perjalanan kami pon bermula. Opps lupa plak nak bagitau, trip saya dan rakan² kali ni juga disertai oleh krew Rancangan Nasi Lemak Kopi O (TV9) bersama pengacara Luqman Hakim. masuk tv tuu... .
Perjalanan masih jauh |
Yang baju oren tu guide kami n sebelh tu Luq NLKO |
Taklimat mengenai tumbuhan yang ada di sekita Gua Damai |
Perjalanan kami yang sepatutnya 1 jam, jadi agak lama jugak coz banyak berenti shooting dalam hutan ni. nanti diakhir citer aku tunjuk video dari NLKO TV9. Kami terus berjalan dan berhenti, dalam 2 jam lebih jugak. aku and the gang sampai ke tempat Flying Fox. Flying fox kat sini antara yang terpanjang di Malaysia ni.. (250M)
Lambat sebab bergambar |
Ready nak buat zip line ataupun flying fox |
Selesai je flying fox, kami rehat/makan/solat kat kawasan ni. ingat ye, apa yg kita buat jangan lupa SOLAT tau... Makanan disediakan oleh pihak Gua Dama Extreme Park, kira dah termasuk dengan pakej aktiviti sekali. Makanannya pon sedap...
Makan dan Rehat² |
SOLAT tak ada alasan.. |
Dah selesai rehat di Lembah Damai, kami teruskan dengan aktiviti caving plak.. Kami di bawa ke Gua Ichibawa, nak tau nama dia Ichibawa, kena datang sendiri sini tanya Pak Mus.. hehehehe
Taklimat sebelum masuk gua |
Cara nak bergerak, ikut keselesaan masing² |
Dah selesai di Gua Ichibawa kami terus ke gua Cili Padi untuk aktiviti potholing, aktiviti yang aku rasa paling mencabar, iaitu turun dalam lubang gua dengan teknik abseilling setinggi 70m.
Hiking to Chili Padi Cave |
Masa nak star potholing, huja lebat turun |
Korang tgk, kecik je org tu kan.. sorry gambar kurang memuaskan. thanks tv9 atas bantuan lampu limpah |
Selesai jer potholing ni, kami berjalan keluar melalui jalan gua, sorry tak banyak gambar lepas tu sebab hujan lebat.
Kalo korang berminat nak ke Gua Damai Extreme Park bleh klik SINI
bawah ni aku share citer kami dalam rancangan NLKO. korang tengoklah sendiri erk..
p/s : terima kasih kerana sudi membaca, sorry kalo gaya bahasa aku berterabur, aku tak pandai sangat berbahasa, tapi minat untuk berkongsi.. Adios