Monday, February 28, 2011

Sejarah Fotografi – Proses Daguerreotype

Di petik dari fototeacher.com

Louis Daguerre pencipta proses ‘daguerreotype’

Walaupun ‘daguerreotype’ bukanlah teknik memproses foto (proses menjadikan imej dalam kamera dirakam sebagai foto yang kekal) yang pertama dicipta, namun ia adalah proses pertama yang dikomersialkan. Teknik yang digunakan sebelum ini memerlukan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang baik dan kerana itu teknik yang digunakan sebelum ini tidak sesuai untuk merakam foto manusia.

Teknik ‘daguerreotype’ direkacipta oleh ahli kimia Louis Daguerre yang berbangsa Perancis dengan usahasama dengan Niepce. Foto ‘daguerreotype’ yang dirakam (seperti contoh di atas) mungkin adalah ‘daguerreotype’ yang pertama dirakam di dunia pada tahun 1837.
Pada tahun 1839, kerajaan Perancis telah mengambil rekaan Daguerre dan telah mengumumkan rekaan beliau sebagai ‘hadiah percuma kepada dunia’ tetapi dalam masa yang sama, Daguerre sebenarnya telah mendapat hak paten beliau di luar negara dan beliau telah mengawal penggunaan ‘daguerreotype’ dengan ketat.
Untuk merakam foto potret manusia dengan teknik ‘daguerreotype’ sebenarnya agak mencabar. Proses ini memerlukan masa dedahan (exposure) selama 15 minit dan kepala subjek tidak boleh bergerak walau sedikit pun bagi memastikan foto yang dihasilkan tajam (sharp) tanpa kesan gegaran. Untuk memastikan kepala subjek benar-benar kaku, kepala subjek ‘dipegang’ menggunakan sejenis pengapit kepala. (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas)

Wanita di dalam foto ini bernama Dorothy Catherine Draper, adik kepada Profesor John W. Draper, Universiti New York yang telah menjadi model wanita untuk ‘daguerreotype portrait’ yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1839. Beliau juga telah menjadi wanita pertama yang dirakam foto dengan matanya terbuka. Wanita di dalam foto ini juga terpaksa menyapu tepung di mukanya bagi menampakkan kontras.

Profesor John W. Draper adalah orang terawal Amerika yang cuba meniru eksperimen fotografi yang telah dijalankan oleh Louis Daguerre di Universiti New York pada tahun 1839. Beliau telah membina kameranya sendiri dan telah mengambil foto potret manusia yang pertama dalam 65 saat masa dedahan (exposure) di Amerika Syarikat.

Dipetik dari :

S.A.M.A.N


ari ni adalah hari terakhir untuk semua pesalah lalulintas menjelaskan saman mereka..
Kalo tak bayor... nama kena blacklist.. huhuhu
Aku adalah salah seorang yg kena saman tu..
Cubaan untuk membayar secara atas talian bermua dari minggu lepas lagi..
Bilak bukak www.myeg.com.my, then klik kat PDRM, nak bayar sama..
Dia tulis situ, server terlalu bz... so perkhidmatan tergendala...
Bleh dikatakan hampir tetiap hari aku bukak www.myeg.com.my coz nak bayau saman..

Hari ni pon aku bukak lagi... nak bayar saman jugak...
lagi besh... www.myeg.com.my jadi camnie plak..

Jadi aku pon mengambil keputusan.. kalo sampai petang x ok lagi... x ada lah aku nak bayar saman yg ada...
Yang aku geram tu... kemudahan yg disediakan untuk memudahkan.. jadi menyusahkan plak...
gerammmmm


SatU PerMuLaan

SaLam SeJahteRa.. Assalamualaikum..

ActuallY ini bukanlah entry yg pertama aku utk blog nie...
Dah banyak dah entry2 yang aku buat b4 dis..
Namun entry2 yg sebelum ini adalah hanya sesuai untuk tatapan aku je..
Kira macam DiAri PeriBadi aku lah..
So dengan secara paksa dan rela... aku delete semua..
dah memulakan satu blog yang akan mencoretkan perasaan aku, aktiviti aku yang sesuai untuk dikongsi dengan kengkawan

Trimas...