Sejarah Fotografi – Proses Daguerreotype

By mrpolie - Monday, February 28, 2011

Di petik dari fototeacher.com

Louis Daguerre pencipta proses ‘daguerreotype’

Walaupun ‘daguerreotype’ bukanlah teknik memproses foto (proses menjadikan imej dalam kamera dirakam sebagai foto yang kekal) yang pertama dicipta, namun ia adalah proses pertama yang dikomersialkan. Teknik yang digunakan sebelum ini memerlukan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang baik dan kerana itu teknik yang digunakan sebelum ini tidak sesuai untuk merakam foto manusia.

Teknik ‘daguerreotype’ direkacipta oleh ahli kimia Louis Daguerre yang berbangsa Perancis dengan usahasama dengan Niepce. Foto ‘daguerreotype’ yang dirakam (seperti contoh di atas) mungkin adalah ‘daguerreotype’ yang pertama dirakam di dunia pada tahun 1837.
Pada tahun 1839, kerajaan Perancis telah mengambil rekaan Daguerre dan telah mengumumkan rekaan beliau sebagai ‘hadiah percuma kepada dunia’ tetapi dalam masa yang sama, Daguerre sebenarnya telah mendapat hak paten beliau di luar negara dan beliau telah mengawal penggunaan ‘daguerreotype’ dengan ketat.
Untuk merakam foto potret manusia dengan teknik ‘daguerreotype’ sebenarnya agak mencabar. Proses ini memerlukan masa dedahan (exposure) selama 15 minit dan kepala subjek tidak boleh bergerak walau sedikit pun bagi memastikan foto yang dihasilkan tajam (sharp) tanpa kesan gegaran. Untuk memastikan kepala subjek benar-benar kaku, kepala subjek ‘dipegang’ menggunakan sejenis pengapit kepala. (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas)

Wanita di dalam foto ini bernama Dorothy Catherine Draper, adik kepada Profesor John W. Draper, Universiti New York yang telah menjadi model wanita untuk ‘daguerreotype portrait’ yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1839. Beliau juga telah menjadi wanita pertama yang dirakam foto dengan matanya terbuka. Wanita di dalam foto ini juga terpaksa menyapu tepung di mukanya bagi menampakkan kontras.

Profesor John W. Draper adalah orang terawal Amerika yang cuba meniru eksperimen fotografi yang telah dijalankan oleh Louis Daguerre di Universiti New York pada tahun 1839. Beliau telah membina kameranya sendiri dan telah mengambil foto potret manusia yang pertama dalam 65 saat masa dedahan (exposure) di Amerika Syarikat.

Dipetik dari :

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments