Salam semua.... Huhuhu berzaman nak update entry ke singapore ni... Hari tu aku nyaris2 kehilangan segala data dalam pc ni, angkara serangan virus, nak tau cerita pasal serangan virus tu, leh baca sini.
Kepada yang nak tgk entry backpacker ke singapore yang sebelum-sebelum ni, leh klik kat bawah ni
Dan akhirnya part 4 bersambungn kat sini, mungkin sebab germany menang world cup malam tadi, tu yang dapat semangat nak menaip entry blog ni walaupun tak berapa nak cukup tidur... huhuhu
Gambar ni tak ada kaitan dengan entry ni, sekadar pembakar semangat. |
Back to story... Hari ni merupakan hari terakhir kami di singapore ni, Sebab dah jenjalan jauh semalam kat USS, kami membuat keputusan untuk keluar lewat sikit hari ni. Plan kami hari ni adalah untuk menjelajah semua shopping mall yang ada kat sini (kalau sempat lah) . Kami keluar dari hotel dalam jam 12 t/hari, Kami keluar terus bawak bag untuk balik. Destinasi pertama kami adalah Bugis Junction. Nak cari makan kat sana, pergerakan ke bugis junction kami naik bas je..
Nak melintas jalan ke bugis junction.. |
Dah sampai sini, perkara yang pertama kami cari adalah, Lunch.. Lapar sesangat doh, Jenjalan sini, kami terjumpa restoran favourite travelmate aku ni, Manhattan Fish Market. Apa lagi, kami pon makan lah kat sini.
Isi perut dulu.. |
Dah selesai makan sini, kami meneroka mall Bugis Junction. Actually Bugis Junction ni bersambung ngan Bugis + . Kami jenjalan windows shopping je, sebab harga kat sini agak mahal berbanding ngan Malaysia.
Dah habis ronda, kami decide nak ke Marina Bay Sands plak... Nak tgk apa yang menarik kat situ... Nak ke Marina bay Sands, senang je, naik MRT dan cari route yang turun di Marina Sand Bay.
Sampai je ke Marina Sands Bay, Kami terus membeli ticket ke Sands Skypark. Harga ticket dia SGD23.00 . Korang convert lah sendiri ke duit Malaysia ye...
Kami dibawa naik lif ke tingkat paling atas, 57 kalau tak silap aku... Dah sampai atas tu, kami pon menghayatilah permandangan kat atas tu.. Layan gambar ni ye..
Infinity Pool (hanya guset hotel je bleh guna) |
Garden by the bay (dah macam citer avatar plak) |
Permandangan dari atas Sands Sky Park |
Kalau korang panas, leh jugak minum-minum kat atas ni, tapi harganya... Souvenier pon banyak jual kat atas ni. Dah puas duduk atas ni, main kejar-kejar atas ni, kami pon turun dan meronda di Shopping Mall yang ada kat bawah tu. Masa ni tekak dah mengidam starbucks, skali kat dalam mall ni tak ada starbucks lah plak... Ngah lepak-lepak, kami tengok map. Antara tempat menarik lagi yang kami lom pergi, Orchard Rd. Kami pon naik MRT dan turun di stesen sommerset. Sampai di Sommerset313 mall, kami cari starbucks dulu. Sambil lepak starbucks, kami terpaksa letak plaster kat kaki kami, coz dah melecet lah sbb pakai stokin nipis...
Permandangan dari starbucks |
Kami jenjalan sini dan beli skit souvenier yang ada. Dah selesai, nilah destinasi terakhir kami, dan kami terus bergerak ke bus station. Sebelum naik bas, kami isi perut dulu, bas kami kul 12 malam. Naik je bas kami pon selamat beradu, Sebab keletihan, kami sedar je dah sampai KL. Tu lah serba sedikit perjalanan kami. Jumpa lagi next entry untuk journer yang akan lebih menarik. Yay..!!
Bubye...
36 Comments
Bestnya travel. Gambar infinity pool tu smart :)
ReplyDeleteGambo x sempat nak edit, sbb malas... huhuhuhu Thanks budak...
Deletewahh! cantek2!!
ReplyDeletent nak jejak singapore.. walau singapore dkt je nihh ^^
lama jugak mnunggu sambungan nya ni.. hehe
Thanks NS... sorry agak lambat sambungan dia....
Deletewahhhh
ReplyDeletehari tu pergi tak berkesempatan naik atas tu
cantiknya
Thanks Hans...
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletePolie..cantik weh gambar dari atas kat skypark tu.. ^^
Thanks Liana.... travelmate saya yang ambil gambar tu
Deletewah.. best giler dpt naik atas tu :)
ReplyDeletenak gi USS pun xmampu :(
Alah... x mahal sangat pon USS bro.... boleh je....
Deletegila style..bila lah daku dapat g. hahahaa...
ReplyDeleteThanks... Bebila nak pergi pon bleh... dekat jer...
DeletePergh!!! Meriah tu jalan2! :D teringin nk pergi, tunggulah nt ekonomi x berapa nk melecet boleh ah pergi :D
ReplyDeletehttp://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html
Memang Meriah.. Thanks santan manis...
Deletebeauty travel
ReplyDeletekalo ada virus di pc ya discan
tak mempan, format is yes
Kalau Format, langsung habis datanya... Thanks Obat Sakit
Deletewih,... kota singapura cantik sekali,.... gedungnya indah,...
ReplyDeleteMemang betul Zulham... Thanks
DeleteDah lama tak singgah Orchard Rd.
ReplyDeleteThomas.. Tak jauh pon.. jom singgah lagi...
DeleteVery nice pictures...jeles amat...
ReplyDeleteThanks Ayuni Sara..... :)
Deletebestnya... bila lah nak pergi ni.. saya follow blog awak...
ReplyDeletemmg best.... anytime je leh pergi.. dekat jer.. Thanks
Deletegambar awak sangat cantik dan berkualiti,,
ReplyDeleteterbaikk..
apa kata singgah sini hehe
http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/3-perkara-yang-boleh-menjatuhkan-sebuah.html
Thanks Asyraf...
Deletewah bestnyer..tringin nk pergi tp blom ade kesempatan lagi.. huhu
ReplyDeleteMemang sangat best... cari kesempatan ye nanti... Thanks Miss Yana
Deletetak berkesempatan lagi mo pergi sana.. :D
ReplyDeleteBestnya lahai bercuti kan..
bw from, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/
Kesempatan bisa di cari... thanks sha dhira..
DeleteInfinity pool tu memang best..gayat sekejap nak mandi kolam..huhuh
ReplyDeleteThanks lovelywa..
Deletehai...marila lawat blog saya lawatan ke bukit tinggi ,padang,sumatera aisyahpadang.blogspot.com
ReplyDeleteInsyaAllah... Tq noraisyah sya
DeleteNak naik bas utk balik kl (tbs) plk camne? Bus stop kt mane?
ReplyDeleteشركة تنظيف مكيفات بجده
ReplyDeleteشركة تنظيف مكيفات بالدمام
شركة تنظيف مكيفات بالخرج
شركة تنظيف مكيفات بالقصيم
شركة تنظيف مكيفات بمكه
شركة تنظيف مكيفات بالمدينة المنورة
شركة تنظيف مكيفات بالدوادمي
شركة تنظيف مكيفات بخميس مشيط
شركة تنظيف مكيفات بالرياض