Wednesday, May 14, 2014

Backpackers To Singapore Part 2

Hye semua...!! Apa khabar..?? Hari ni aku nak sambung lak cerita aku jenjalan kat singapore, Kepada yang belum baca citer part 1, leh baca sini .

Setelah menadpatkan rehat skit, mandi manda skit... Sambil-sambil tu kami sempat je belek tourist map yang kami mintak ngan hotel. Memula tanya kat 7E, dalam 8 Dollar, agak mahal. Sib baik tak beli, coz kat hotel leh mintak free je untuk tourist. Lepas tgk map, kami bercadang nak jenjalan ke Arab St. Kat situ nak cari makanan, and also nak tangkap2 gambar... Kali ni kami bergerak dengan bas. Sebagai panduan, kat singapore, kalau nak gerak guna public transport, korang kena beli kad, ala-ala kad touch n go. Boleh guna kat semua public transport kat singapore. 


Kad ezlink, Boleh beli kat 7E
 Masa dalam bas, kami tanya driver bas camner nak ke Arab St. Driver bas di Singapore ni sangat-sangat membantu. Sampai je kat Arab St. Kami cari makan dulu, lapor beb sbb dari pagi tak makan...

Jenjalan kat Arab St. Jumpa lah kedai nasi arab. Kami pon order lah 1 Mandy lamb, and 1 Mandy Chicken. 2 Juice buah... harga dia 47dolar. Mahal kan...?? Huhuhuhuhuhu...



Dah selesai makan, kami berjalan2 di sekitar Arab St. Ni lah hasil tangkapan dari kamera kami.






Lepas selesai makan, kami bercadang nak ke Merlion Park. Kami ke sana naik bas and mrt, dengan panduan dari orang tempatan. Sebenarnya kami ada tersesat jugak... Tapi berkat kesabaran, kami pon sampai di Merlion Park..


Malangnya.......


Masa kami sampai.. Merlion tengah masuk wad ICU..... so tak dapatlah nak bergambar ngan Merlion... Nampak gayanya kena repeat lagi lah ni...

Tapi suasana malam di Merlion Park sangatlah menarik, kita boleh tgk pertunjukan cahaya dari marina Sandbay... Sangat best lah...

Pertunjukkan Cahaya
 Dah puas lepak, menghirup udara segar, kami pon berjalan-jalan menuju ke destinasi wajib kami... Tadaaaa....


Yess..!! Destinasi wajib kami setiap kali kami mengembara... starbucks... Malam ni kami menghabiskan masa lepak and sembang-sembang kat sini... Bila hari dah malam, kami bergerak balik ke hotel... Dan tidooooo....

Tunggu Sambungan Part 3 plak erk...





Wednesday, May 07, 2014

Backpackers To Singapore Part 1

Hye.. apa khabar semua, huhuhu lama tak menaip kat sini. Ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak berapa nak aktif ber blogging... 

Now.. Im Back...

Kali ni aku nak share pengalaman aku melancong secara backpackers ke Singapore. Dengan tak ada persiapan, aku dan travelmate aku bergerak keluar dari rumah dalam kul 7 pagi menuju ke Terminal Bersepadu Selatan. Di BTS kami tinggalkan kereta di sana, dengan kadar bayaran RM3 sehari, sangat-sangat berpatutan rasanya. Misi pertama kami adalah mencari tiket bas ke Singapura. Mula-mula ingatkan agak susah nak cari tiket bas, sampai je ke TBS. Aku terus beli 2 tiket bas ke singapore. Bagi mereka yang nak terus masuk ke singapore, korang beli ticket terus ke Beach Road. Aku beli ticket bas Five Star. RM 140 untuk 2 orang.


Kami dapat tiket pukul 9.30 pagi. So sementara nak tunggu boarding.... (macam naik flight lak erk). Kami sempat lah ke Money Changer untuk tukar duit and sarapan kat food court di TBS tu. Sambil-sambil sarapan, kami ushar agoda.com. Ternampak lah satu promosi hotel orchid81, Oleh kerana harga agak murah, kami pon terus booking je hotel. Tempat tidur penting tau... 

Lepas makan, kami pon terus check in. Pertama kali aku gunakan TBS ni, pada aku, ianya sangat memuaskan dan menyelesakan.. sangat-sangat selesa lah...

Keadaan dalam Terminal Bersepadu Selatan
Yay..!! Bas kami dah sampai..

 Jam 9.30 pagi, bas kami pon bergerak menujuk ke selatan tanah air. Aktiviti dalam bas adalah..... ZZzzzzzz 
Suasana dalam bas. Selesa kan..
 Dalam perjalanan tu, bas ada stop kat RnR, Tapi lupa lah apa nama RnR tu, coz aku tido je... bila bas berenti, lepak jap pekena kopi and melepaskan hajat ditandas...


Lepas lepak, bas pon meneruskan perjalanan menuju impian..... ke arah tujuan cinta abadi.. (eh..!! terjadi lirik lagu plak)

dan akhirnya kami sampai di Kompleks Imigresen Tanjung Kupang. Korang masuk kompom dapat makan kupang free... hehehehe..


Suasana dalam kompleks imigresen
Nak masuk singapore, kena isi borang ni tau....

Masa kami sampai, leh tahan ramai jugak rombongan dari merata tempat nak masuk ke singapore. So leh tahan jugak lah beratur... dah selesai... perjalanan diteruskan di Beach Road. Dalam kul 3.30 ptg kami sampai di Beach Rd. Turun je bas, perkara yang pertama kami buat, adalah mencari tiket balik ke Kuala Lumpur. 

Berpandukan alamat, map dan peta rakyat (tanya local people) . Kami bergerak ke Hotel Orchid 81 yang terletak di Geylang Road menggunakan MRT. Kami naik dari Nicoll Highway dan turun di stesen Mountbatten. Ni pengalaman pertama aku naik MRT.. Teruja pon ada jugak rasanya dengan disiplin rakyat singapore. Sampai je kat Mountbatten, kami terpaksa berjalan kaki, leh tahan jugak jauhnya, untuk sampai ke Hotel... Sampai ke Hotel.. Apa lagi, rehat dan Zzzzz lah kejap.... Nanti malam baru kuar jenjalan plak...




Ni lah dia bilik kami.... Not  Bad lah...
Nak tahu plak perjalanan kami lepas ni, Nanti jangan lupa tunggu sambungan erk, sbb cerita sebelah malam agak menarik dan panjanggggggg entrynya. so aku decided nak buat part 2... Tunggguuuuuuu...