Friday, May 17, 2013

Berkayak di Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng... di pagi jumaat yang dilimpahi rahmat hujan ni, memberikan aku semangat nak berkongsi sedikit cerita, dan banyak gambar ngan korang-korang semua. Cerita ni kira sambungan pada cerita lepas yang anda semua boleh baca kat sini..
Selepas aktiviti berbasikal, kami teruskan dengan aktiviti berkayak di Pulau Pangkor, Kami diberi pilihan sama ada nak mengelilingi Pulau Pangkor atau berkayak dedekat je, memandangkan tahap kecergasan tak mengizinkan, kami berkayak dari Pantai Pasir Bogak ke Teluk Dalam dan berpatah balik ke Pantai Pasir Bogak.









Dah selesai angkat kayak, warming up skit, memilih Bauyancy Aid dan memilih pasangan kayak, kami mulakan dengan aktiviti keyakinan di air. Aktiviti ni penting untuk memberi keyakinan kepada peserta terhadap peralatan yang disediakan selamat dan berfungsi dengan baik.




Dalam aktiviti berkayak, selain peralatan yang sempurna, pihak penganjur jugak menyediakan bot menyelamat. Jadi peserta tak perlu bimbang sekiranya ada perkara yang tak diingini berlaku kerana bot menyelamat disediakan.



Selesai aktiviti keyakinan di air, maka kami memulakan aktiviti berkayak yang telah dirancang. Hayatilah gambar-gambar sepanjang aktiviti berkayak ini.














Dah selamat sampai ke pantai, tengok lah berbagai ragam kengkawan aku yang kepenatan, sempat je amik gambar derang.. hehehehe..




Sunset di Pantai Pasir Bogak yang sempat di rkam menggunakan telefon.
Harap anda semua enjoy tengok serba sedikit gambar yang sempat dirakam. Kepada anda yang berminat nak buat aktiviti di Pulau Pangkor boleh berhubung dengan Redah Alam Resources | Tel : 013-4444655. Teelefon dan tempahlah aktiviti yang ada ingin lakukan di Pulau Pangkor, berbagai pakej yang disediakan.

Terima Kasih pada yang sudi membaca cerita yang tak seberapa ini.

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Friday, May 03, 2013

Berbasikal di Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng... Lama giler tak update blog ni coz atas kesibukan yang tak terhigga... Al-maklum lah sibuk berkempen untuk calon pilihan sempena Pilihanraya Umum Ke 13... hehehehe 

Kali ni nak berkongsi sikit cerita aku berbasikal di Pulau Pangkor, cerita tak banyak lah... banyak gambar lah kot...

Aku dan rakan-rakan berkunjung ke Pulau Pangkor, Perak untuk menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti rekreasi kat sana, antara aktiviti yang kami jalankan adalah berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor. Semua aktiviti kami diuruskan oleh Redah Alam Resources (013-4444655). 

Sebelum memulakan aktiviti berbasikal, kami di berikan sedikit taklimat keselamatan, dan kami juga dibekalkan dengan basikal.




dah dapat basikal sorangs atu, dah cuba try test basikal tu dan adjust mana yang patut, kami pon memulakan kayuhan. Opps... acara wajib, gambar beramai2 sebelum kayuh..


Selesai sesi bergambar, maka bermulalah kayuhan yang pada permulaannya agak santai, tetapi santai hanya seketika, bukit yang tinggi  menanti kami dihadapan..



bila bukit semakin tinggi, bermulalah acara MTB (Mari Tolak Basikal) hehehehehe



Lepas dah penat berkayuh, kami berehat kejap di Pantai Teluk Nipah sambil menghirup udara segar, dan menghabiskan bekalan yang dibawa.


 

Dah puas bersantai, kami meneruskan perjalanan....


Dalam perjalanan pulang, aku ditimpa kecelakaan, mcm serius bunyinya... Malang tidak berbau, aku terjatuh basikal dan mengalami sedikit kecederaan di bahagian kepala dan tangan. Tapi jangan risau coz kemalangan tersebut tidak menjejaskan tahap kehenseman aku. 
Gambar ni dirakamkan oleh sahabat aku, masa ni aku dibantu selepas terjatuh...

Rakan-rakan aku yang lain meneruskan perjalanan, aku juga meneruskan perjalanan dengan menaiki pajero yang escort kami. Sampai di tempat peginapan kami, aku diberi sedikit rawatan dan yang penting.. ada minum².. hehehehe

Andai korang-korang semua berminat nak buat aktiviti di Pulau Pangkor, boleh hubungi Redah Alam Resources (013-4444655). 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca...