Saturday, March 30, 2013

CHRISTIANO RONALDO MENGHAFAL SURAH AL-FATIHAH?


"Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia (Özil) untuk ajarkan saya berwudhuk." -Cristiano Ronaldo

"Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."-Mesut Özil

Sekiranya Cristiano Ronaldo masuk Islam, ini akan dapat  mempengaruhi peminat-peminatnya untuk masuk Islam kerana  peminat kepada Cristiano Ronaldo pasti ingin mengetahui dan mengkaji mengapa Pemain bola sepak yang terkenal di seluruh dunia menganuti agama Islam, dengan kajian itu pasti peminat akan tertarik dengan Islam serta menganuti agama Islam dengan sukarela kerana ALLAH. Sesungguhnya agama yang benar adalah ISLAM. 

Semoga dibukakan pintu hati Cristiano Ronaldo untuk menerima Islam
Sumber : http://bahrain-info.blogspot.com/

Friday, March 29, 2013

Segmen Bloglist BlogFyna


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Di hari jumaat ni saya nak memberi sokongan kepada BlogFyna dengan menyertai segmen bloglist yang beliau anjurkan.
Mari kita sama-sama join segmen ni untuk menambah kenalan dan mengeratkan silatulrahim
Selamat Bersegmen

p/s : Klik banner di atas kalau nak join.

Thursday, March 28, 2013

Mendaki Bukit Apek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, dan masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan / sahabat bloggers dalam blog cabuk ni. Kali ni aku nak berkongsi sikit pengalaman aku mendaki bukit Apek beberapa minggu yang lepas (baru ada masa nak update).

Untuk pengetahuan anda, anda dan anda semua di luar sana, bukit apek ni terletak di dalam kawasan jajahan Cheras, Kuala Lumpur. Nak cerita detail sangat aku tak pasti, tapi korang boleh tgk map dibawah kalau nak tahu lokasi yang lagi tepat.

Sumber : http://harithiskandar.blogspot.com
Ni pengalaman pertama aku naik Bukit Apek ni, di "guide" oleh seorang sahabat yang pernah naik ni, aku difahamkan ada banyak pintu masuk ke sini, antaranya bukit saga dan lain-lain lagi. Trip aku kali ni, aku masuk melalui Taman Cheras Awana.

Kawasan parking, Kalau hari minggu memang ramai

Jalan ni terus menuju ke kaki bukit
 
Menuju ke kaki bukit
Kalau korang datang hari minggu, ramai sikit orang kat sini, so parking dia agak susah jugak, main parking je tepi-tepi jalan di kawasan taman ni.

Maka bermulalah pendakian




Mula mendaki je dah mencanak naik, nasib baik sebelum mendaki kami dah buat sikit warming up. Keadaan yang curam ni memberi kejutan pada jantung aku, kuat betul dia berdenyut.. hehehehehe 

Pada anda yang tak tahu sangat jalan, jangan risau kerana disetiap pelusuk tempat ada diletakkan tanda arah, kalo tak tahu jugak boleh tanya pendaki-pendaki lain yang ada situ, especially aunty² dan uncle² yang ada. Jangan pandang rendah mengenai pengalaman dan kebolehan mereka. 





Semasa mendaki, ada beberapa tempat rehat atau R&R untuk korang merehatkan diri, melepaskan penat lelah sambil menghirup udara segar dan menikmati permandangan di dalam hutan. Pasar malam pon ada, so jangan lupa bawak duit tau.. heheheheheeh








Dalam perjalanan, kami terserempak dengan pakcik ni, umur dah 60++ dah. Tapi steady jer, menurut beliau, dia naik bukit apek ni dalam 2-3 kali seminggu. Tujuan untuk beriadah dan untuk kesihatan, aku salute kat pakcik ni. Rasa tercabar pon ada juga.. hehehehe

Untuk pengetahuan anda semua, kat sini banyak check point. dan kami menuju check point air terjun, tu kira check point yang paling jauh lah.. kami meneruskan perjalanan sambil menghayati keindahan alam..



dalam perjalanan kami nak ke air terjun, kami sampai di Check Point 5, Kawasan ni dibangunkan oleh komuniti pendaki bukit apek yang kebanyakan terdiri dari kaum cina yang tinggal berhampiran bukit apek. Mereka membina khemah, dan beberapa kemudahan untuk pendaki-pendaki bukit apek ni, dan yang paling best, semuanya adalah percuma. So kalau nak refill air ke, nak berehat2 ke.. dan pada hari-hari tertentu anda boleh menikmati chinese tea yang panas kat sini. 






Kami rehat kejap kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke air terjun, dah tak jauh lagi dah ni...   Kami pun meneruskan perjalanan, dan akhirnya kami pon sampai ke Air Terjun. Korang tengok, air dia jernih gila. 





Sebelum mandi manda, kami pon kena isi perut dulu.. mula-mula makan buah dulu... kebetulan masa ni musim buah, so pokok buah-buahan kat sini memang menjadi, korang tengok gambar kat bawah ni, boleh petik je buah kat sini.. hehehehe

Actually buah limau ni bagus makan masa-masa kita penat ni, aku tak tahulah kenapa.. mungkin ambil mood raya cina kot.. hehehehe.. dah habis makan limau, kami masa satu menu yang sangat istimewa, sebenarnya aku pon tak tau kengkawan aku bawak makanan ni semua..



Yess.. menu yang sangat popular di kalangan pelajar universiti dan kolej masa tengah kopak. Maggi kari, bila derang dah abis masak, aku pon makan, tak sempat nak ambil gambar masa makan coz dah terlalu lapar.. hehehehe

Dah habis makan aku pon berehat, ada rakan-rakan yang mandi. sambil-sambil duduk berangan tepi sungai, sempat aku snap gambar aweks ni ngah dok mendalamkan sungai.. kata derang lah.. hehehehe

Dah puas rehat, kami pun kemas-kemas barang dan bergerak balik. Rasa masa gerak balik ni lagi cepat dari masa pergi tadi... tak tau lah kenapa...

Sampai je bawah, ternampak pulak iklan ni, ada promosi untuk climber, nampaknya sahabat aku ni sungguh berminat... hehehe


Kepada yang nak pergi bukit apek, selamat mendaki.. dan terima kasih kepada anda, anda dan anda semua yang sudi membaca coretan ntahapahapantah aku ni...

Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday #3


Terkenang semasa dulu, hatiku menjadi rindu......


Monday, March 25, 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH


KLIK BANNER
Jumlah Follower : 603

Sunday, March 24, 2013

Segmen : Mencari bloglist April

Salam dan salam sejahtera
Hujung minggu ni aku nak join satu segmen Mencari Bloglist April oleh Ismah

Tujuan untuk mengeratkan silatulrahim dan menambahkan kenalan di antara blogger.... 
kalau korang nak join, klik banner kat bawah ni


Adios

Wednesday, March 20, 2013

Tingkatkan Traffic Blog anda secara percuma


Assalamualaikum dan selamat petang, Semasa ber blogwalking hari ini terjumpa satu entri mengenai cara untuk mempertingkatkan traffic ke blog anda di blog Pilihan Anda. Untuk mendapatkan traffic yang tinggi memang agak susah untuk blogger² baru seperti saya ni. Pelbagai cara yang digunakan untuk meningkatkan traffic blog, Ada pelbagai perisiian atau cara nak naikkan traffic blog, tapi kebanyakannya adalah berbayar. So setelah jumpa cara yang percuma, saya pon mencubanya... Kalau korang2 pon nak cuba, sila klik pada  banner kat bawah. dijamin PERCUMA..

Click Here for Free Traffic!

Cara ini amat mudah dan tidak dikenakan bayaran wa ima sekupang... Konsep seperti main kutu lah jugak, tapi tak kena keluar duit.. jangan risau, cuma perlu daftar blog anda, blog penaja anda aku lah tu .  dan blog-blog yang disarankan dalam sistem itu sahaja, dan ianya akan merebak seperti VIRUS.. kata blog tu lah.. hehehe


Sedikit penerangan dengan rajah


First Phase: Webmasters signup on your level 1
Next Phase: Your "Level 1 Webmasters" promote their FreeViral pages

Next Phase: Your "Level 1 Webmasters" build their downline (and yours!)
Matured Phase: You have a HUGE dowline (which never stops growing!)
SELAMAT MENCUBA, JANGAN LUPA KONGSIKAN HASIL DENGAN SAYA.


Monday, March 18, 2013

Layakkah Wanita Menjadi Pemimpin ?

Assalamualaikum dan selamat petang, 
Petang ni aku nak kongsi pasal tajuk Layak tak kaum wanita/hawa menjadi pemimpin. Terlebih dahulu aku mohon maaf kalau tajuk ni membuatkan anda, anda dan anda semua rasa tak selesa. Tapi yang aku nak share di sini bukanlan pendapat peribadi aku, Tapi aku nak kongsikan beberapa hadis yang berkaitan dengan tajuk kat atas tu ?

Gambar Hiasan...
Nabi SAW sudah berpesan kepada kita. Yang perempuan ini tidak sesuai menjadi ketua kepada urusan yang berat-berat. Terkadang bila urusan dicemari emosi ia menyukarkan. Perempuan dibekalkan emosi. Jika ada masalah diluar, bimbang dibawa masuk ke tempat kerja. Orang lain jadi mangsa.

Bolehkan wanita menjadi ketua ?

Biarpun apa definasinya samaada; wanita, kaum hawa, perempuan atau gadis, ia tetap terkategori jantina yang sama. Persoalannya, adakah golongan hawa ini layak menjadi ketua?

Firman Allah s.w.t yang bermaksud

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” 
(Surah an-Nisa: Ayat 34)

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengatakan

“Sungguh Allah SWT telah memberiku manfaat, dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW – pada saat perang Jamal (Unta), setelah semula hampir saja aku mengikuti tentera Jamal (dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka”.

Kata beliau lagi: “Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita 
(mengangkat wanita sebagai pemimpin).” (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

Begitu juga terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Abu Bakrah berkata:

“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, beliau SAW lantas bersabda, “Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)


Bilakan wanita boleh menjadi pemimpin ?

Wanita boleh memegang tampuk pemerintahan hanya ketika mana memerintah sesama kaum mereka. Ini bukan diskriminasi Islam terhadap wanita, tetapi adalah keadilan. Keadilan yang diperuntukkan Islam berdasarkan kondisi penciptaan manusia sejak azali lagi. Dalam hal ini, misalnya para wanita disarankan mengambil tahu hal ehwal kewanitaan khususnya. Ini kerana di kalangan mereka lebih arif hal ehwal kewanitaan berbanding lelaki.
Sementelahan, skop tanggungjawab wanita lebih kecil berbanding lelaki. Wanita juga mempunyai halangan-halangan tertentu – seperti perlukan mahram ketika bermusafir, tidak boleh menjadi wali, datang haid, hamil, mengandung, menyusui dan nifas – yang telah Allah SWT ciptakan buat mereka.
Mengingkari perkara ini, bererti kalian mempertikaikan keadilan penciptaan Allah Ta’ala terhadap manusia seluruhnya !

Surah Al-Baqarah, Ayat 228 yang bermaksud
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” (Al-Baqarah: 228)
Bahkan, wanita juga dibolehkan menjadi pemimpin – di atas pengawasan suami – untuk mengatur kehidupan rumahtangga. Perkara ini selari dengan hadis Rasulullah SAW berbunyi:
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta mempertanggungjawabkan mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)
Maaf kalau ada yang terasa, Tepuk Dada Tanya Iman
Kita dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus Pulak...
video




Monday, March 11, 2013

Photoshop | Tutorial gambar warna berlatar belakang hitam putih

Gambar dari En. Google

Salam sejahtera kengkawan,
Pagi ni aku rajin skit nak share cara membuat gambar gambar warna dan latar belakang hitam putih seperti gambar kat atas. Sebenarnya ada banyak cara nak buat gambar camni, tapi yang ini cara yang paling senang aku gunakan. 

1. Bukak gambar dengan aplikasi Adobbe Photoshop ( aku guna Photoshop CS6 ).
gambar ni pon aku pinjam dari en google
2. Lepas dah bukak, di bahagian layer, klik kanan pada layer gambar tadi, lepas tu pilih duplicate layer . Secara automatik satu lagi layer dengan gambar yang sama akan terbentuk.

3. Dah selesai duplicate layer tu, aktifkan layer yg di atas, (nama layer berbeza bergantung pada nama file ). Pergi kat menu "Image > Adjustment > Black & White ( Shotcut key utk os win Alt+Shift+Ctrl+B).


4. Lepas tu akan keluar satu kotak, pada kolum preset, pilih Maximum Black. Ini bertujuan nak jadikan gambar background hitam dan putih sepenuhnya. 

Lepas tu klik OK..

5. Langkah seterusnya, korang kena guna eraser tool, 
Dah pilih Eraser, korang pilih saiz pemadam plak... kotak dia akan muncul sebelah atas selepas kroang klik eraser tool.

6. Seterusnya, korang gunakan eraser tool tu, dan padam gambar korang nak dia jadi warna, secara tak langsung gambar hitam putih akan padam, dan gambar warna akan muncul..

semasa korang memadam gambar, size pemadam tu boleh diubah mengikut kesesuaian gambar, macam kalo nak padam yang kat celah2 bedah, kena pakai size yang kecik...

dan, ni lah hasil yang aku buat..



Selamat mencuba, kalau ada persoalan boleh tanya aku, aku jawab setakat yang aku mampu...

Terima kasih kerana membaca...