Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, Kepada semua rakan-rakan, sempena 1 Syawal yang bakal menjelang, saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" buat semua..Kepada yang memandu pulang menaiki kenderaan sendiri mahupon kenderaan awam...berhati-hati di jalan raya semoga selamat tiba ke kampung halaman masing-masing...insyaallah...

Monday, August 01, 2011

Selamat Menjalai Ibadah Puasa Kepada Semua Umat Islam


KEDATANGAN bulan yang penuh berkat, bulan yang lebih baik dari seribu bulan.Hamba mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana anda berada, terutama kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam.

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Marhaban ya Ramadhan...